Page 176 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 176

membantu  MBK  membahagi  dengan  cepat,  tepat  dan  kemas  memenuhi  ciri-ciri
          keterampilan.
          Kata kunci: Dandanan rambut, OKU, Alat Bantu Mengajar, EZ Topi

          KB10

                                    CHEM-MAZE KIT

                               KOMATHY VEERASINGHAN
                                 SMK Ave Maria Convent
                           Jalan Chung Thye Phin, 30250 Ipoh, Perak
                                 komathy2112@gmail.com

          CHEM-MAZE  KIT  ini  merupakan  modul  bimbingan  yang  berbentuk  permainan.
          Langkah demi langkah yang direka bentuk untuk meningkatkan tahap penguasaan
          pelajar  terhadap  menghubungkaitkan  bilangan  zarah,  bilangan  mol,  jisim  serta
          isipadu  sesuatu  unsur.  Selain  itu,  iajuga  direka  bagi  meningkatkan  tahap
          penguasaan  pelajar  dalam  penyelesaian  masalah  numerical  yang  melibatkan
          konsep  mol.  Chem-maze  kit  ini  juga  memberi  impak  positif  terhadap  motivasi
          pelajar  untuk mempelajari  topik konsep  mol dengan senang.  Ia  dapat  mengatasi
          miskonsepsi pelajar terhadap penulisan formula kimia bagi bahan dan hasil serta
          penulisan  persamaan  kimia  yang  seimbang  bagi  tindak  kimia.  Walaupun,  kit  ini
          dibina khas untuk pelajar tingkatan 4, namun konsep dan kaedah didik hibur yang
          ditunjukkan  ini  adalah  sesuai  digunakan  dalam  subjek  STEM  yang  lain.  CHEM-
          MAZE KIT ini terdiri daripada set modul interaktif yang dipelbagaikan dengan nota
          padat,  kuiz,  video  serta  papan  permainan  berwarna-warni.  Pelbagai  format  ini
          adalah  bagi  memenuhi  gaya  pengajaran  guru  dan  pembelajaran  murid  yang
          berbeza.  Dapatan  kajian  tindakan  yang  dijalankan  menunjukkan  Ujian  Pra
          mendapati peratus min markah pelajar adalah 44.73%. Selepas permainan CHEM-
          MAZE  KIT  dikendalikan,  Ujian  Pos  menunjukkan  peningkatan  kepada  84.2%.
          Pemerhatian pengkaji  mendapati  pelajar  terlibat  secara  aktif  dalam  proses  Pdpc
          kimia melalui permainan ini dan interaksi antara pelajar dengan pengkaji sebagai
          guru turut meningkat. Ada juga bukti untuk menunjukkan pelajar mendapat kesan
          motivasi yang tinggi daripada permainan ini.
          Kata Kunci : CHEM-MAZE KIT, Konsep mol, Kimia.

          KB11

                                  KIT MUDAH KOMSAS

                               LINAWATI BINTI SOCRADJI
                                  SMK Penrissen No. 1
                     KM20 Jalan Kuching/Serian, 93250 Kuching, Sarawak.
                                 ladylyn1511@gmail.com

          Inovasi  yang  dihasilkan  iaitu  Kit  Mudah  KOMSAS  merupakan  adaptasi  daripada
          peta  i-Think  yang  dijadikan  peta  minda  asas  untuk  membantu  murid  menguasai
          kemahiran  menjawab  soalan  pemahaman  novel  dan  meningkatkan  aplikasi
          pembelajaran  KOMSAS  berkonsepkan  PAK-21.  Pada  bahagian  belakang  peta
          minda  tersebut,  dicetak  rangka  menulis  jawapan  soalan  pemahaman  novel  bagi
          memandu murid agar dapat menulis jawapan mengikut format yang betul mengikut
                                                                         172
   171   172   173   174   175   176   177   178   179   180   181