Page 179 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 179

soalan  yang  diberikan,  manakala  untuk  Pantulan  pelajar  akan  menggunakan  lidi
          untuk  membuat  garis  pembahagi  objek  dan  imej.  Dari  aktiviti  hands  on  yang
          mereka  buat  bersama  ahli  kumpulan,  murid  akan  faham  bahawa  pantulan
          dipantulkan pada garis bukan pada pusat. Untuk tajuk pembesaran pula murid juga
          menggunakan lidi bagi menyambung titik titik yang sepadan antara objek dan imej
          bagi  mencari  pusat  pembesaran.  Berbanding  menggunakan  kaedah  syarahan,
          dalam  masa  40  minit  murid  telah  memahami  konsep  Pantulan,  Pembesaran,
          Putaran dan Translasi. Ini sedikit sebanyak telah menjimatkan masa dalam proses
          P&P.  Kaedah  ini  menjimatkan  masa,  dan  saya  boleh  masuk  ke  latih  tubi
          menggunakan soalan soalan SPM dengan cepat. Melalui kaedah ini,  saya dapat
          menggalakkan  murid  menggunakan  mindanya  sepanjang  masa  dengan  rasa
          seronok.  Secara  tidak  langsung  minda  murid  akan  bertambah  aktif,  kreatif  dan
          kritis. Kaedah ini juga memberi peluang kepada murid yang lemah untuk menjawab
          soalan  Matematik  Kertas  2  iaitu  Tajuk  Penjelmaan  dengan  mendapat  markah
          sekurang-  kurangnya  7/12.  Saya  sangat  yakin  penggunaan  inovasi  Fun
          Transformation Kit ini telah banyak membantu pelajar belajar dengan rasa seronok,
          dan mampu memberikan rasa yakin kepada mereka bahawa matematik itu indah
          dan tidak sesusah yang mereka bayangkan.
          Kata kunci: Ujian Pra, “hands on”, “Game Based Learning”, Kreatif, Kritis.

          KB15

                                  MY AQUAPONIC FDS

                                                                   2
                                            1
                  KAMSINA BINTI HAJI JUNAIDI , LATIFAH BINTI ZAWAWI
                                   SMK Semerah Padi
                        Jalan Depo, 93050 Petra Jaya, Kuching, Sarawak
                  1                           2
                   kamsinajunaidi1970@gmail.com,  latifah.zawawi@yahoo.com

          “My  Aquaponic  FDS”,  ialah  inovasi  “  Ebb  and  Flow  Hydroponics  System  ”  yang
          dimodularkan dengan penggunaan “Maker Uno Microcontroller” disamping pam air
          (R385  DC12V  Diaphragm  Water  Pump)  serta  “sensor”  (penderia)  sebagai
          pengawal  aras  air  untuk  membolehkannya  berfungsi  sepenuhnya.  Masalah
          penggunaan  pam  air  sedia  ada  dan  harganya  agak  mahal,  yang  tidak  dapat
          berhenti secara  automatik  dan  berkala  akan  menyebabkan  motornya  tidak dapat
          berehat  dan  akhirnya  rosak.  Idea  untuk  menghasilkan  produk  inovasi  ini  adalah
          disebabkan  ianya  mudah  dikendalikan  malah  turut  memberi  impak  yang  sangat
          baik kepada tanaman akuaponik dan hidupan akuatik seperti ikan dalam akuarium.
          Proses kerja untuk sistem ini amatlah mudah, sederhana dan kos pengendaliannya
          juga  adalah  jauh  lebih  ekonomi.  Produk  ini  akan  menggunakan  mikropengawal
          Maker Uno dan pam air R385 DC12V untuk menjadikannya berfungsi sepenuhnya.
          Bahan  - bahan lain yang akan digunakan adalah bahan 3R sepertiakuarium dan
          gelas  plastik.  Produk  ini  berpotensi  menjimatkan,  kos  penghasilannya  sangat
          ekonomi  untuk  jangka  masa  panjang,  mesra  pengguna  dan  mesra  alam  kerana
          ianya  lebih  mudah  untuk  dikendalikan.  Selain  itu,  ianya  juga  berfungsi  secara
          automatik, inovasinya ada nilai estetika dan ergonomik, menarik perhatian, bernilai
          komersial  dan  boleh  digunapakai  dalam  PdPC  secara  optimum.  Impak  inovasi
          projek terhadap PdPC: memodularkan subjek dan topic (RBT dan PI). Selain itu,
          impak  terhadap  pembelajaran  pelajar  pula:  Hasil  Inovasi  dapat  menarik  minat
          pelajar  untuk  terus  menerokai,  memahami  topik  yang  diajar,  penglibatan  pelajar
          secara  aktif  dalam  pembelajaran  dan  aktiviti  Inovasinya  berpusatkan  pelajar.
                                                                         175
   174   175   176   177   178   179   180   181   182   183   184