Page 178 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 178

KB13

            PENGGUNAAN SISTEM BERSEPADU PENGURUSAN DOKUMEN MURID
          (SisPADU) KE ARAH MENINGKATKAN KUALITI PERKHIDMATAN KAUNTER

                                         1
                                                                         2
             NUR AAINAA BINTI MUHAMMAD , NURUL IZZATI ADLINA ABDULLAH
                                      SMK Kudat II
                             Peti Surat 505, 89058 Kudat, Sabah
                                  xea5023@moe.edu.my

          Pengurusan kaunter yang cekap dan baik memberi gambaran yang positif terhadap
          imej organisasi. Sistem Bersepadu Pengurusan Dokumen Murid (SisPADU) yang
          digunakan di SMK.Kudat II, Kudat, Sabah merupakan satu sistem yang dilengkapi
          dengan  data  murid  bagi  memudahkan  pelbagai  urusan  kaunter  seperti  Surat
          Pengesahan  Murid,  Surat  Rawatan,  Sijil  Berhenti,  dan  Surat  Akuan.  Sistem  ini
          dibangunkan untuk memudahkan Pembantu Tadbir sekolah menyediakan pelbagai
          dokumen yang diperlukan murid dan ibu bapa tanpa merujuk kepada Guru Kelas.
          Selain itu, sistem ini juga dibangunkan untuk memendekkan masa menunggu ibu
          bapa  yang  berurusan  di  kaunter.  Sebelum  penggunaan  SisPADU  ini,  Pembantu
          Tadbir perlu merujuk kepada Guru Kelas untuk mendapatkan maklumat murid dan
          hal  inimengambil  masa  yang  lama  untuk  menyediakan  dokumen  segera  yang
          diperlukan.  Berdasarkan  penggunaan  sistem  ini,  ia  bukan  sahaja  memudahkan
          kerja Pembantu Tadbir malah dapat menjimatkan masa menunggu pelanggan yang
          berurusan di kaunter. Secara keseluruhannya, dengan penggunaan sistem ini imej
          sekolah  bertambah  baik  dan  dapat  mencapai  Piagam  Pelanggan  yang  telah
          ditetapkan.  Sistem  ini  berpotensi  untuk  dikomersialkan  kerana  ia  mudahdan
          berkesan dari segi masa dan kos.
          Kata kunci: SisPADU, murid, perkhidmatan kaunter, perkhidmatan efisien

          KB14

                               FUN TRANSFORMATION KIT

                                MARIANI BINTI MANSOR
                                   SMK Pengalat Papar
                                   89608 Papar, Sabah,
                              marianimansor.hhh@gmail.com

          Fun Transformation Kit adalah satu pendekatan baru dalam menguasai kemahiran
          Matematik tajuk Penjelmaan. Setiap guru sentiasa memikirkan sesuatu yang baru
          bagi membantu pelajar pelajarnya memahami tajuk yang diajar. Menyedari hakikat
          ini  satu  inovasi  direka  bagi  membolehkan  murid  meningkatkan  kemahiran
          menjawab dan mentakrifkan Translasi, Putaran, Pembesaran dan Pantulan dengan
          betul.  Berdasarkan  ujian  pra  dan  soal  jawab  secara  lisan,  didapati  murid
          menunjukkan  kekeliruan  dan  mengalami  masalah  dalam  menjawab  soalan
          berkaitan topik Penjelmaan. Inovasi ini banyak menggunakan aktivii hands on dan
          terdapat  unsur  unsur  permainan  (Game  Based  Learning),  maka  pelajar  tidak
          mengantuk dan senang memahami apa yang diajar. Pelajar menggerakkan objek
          dan  imej  yang  berwarna  warni  di  atas  papan  Fun  Transformation  Kit  selaras
          dengan apa yang saya beritahu di hadapan kelas. Untuk sub tajuk Putaran mereka
          akan menindih objek dan imej di tempat yang sama dan memutarkan imej mengikut
                                                                         174
   173   174   175   176   177   178   179   180   181   182   183