Page 183 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 183
KB20
TEKNIK LALABI KETEPATAN BACAAN PENGUKURAN DENGAN
MENGGUNAKAN MIKROMETER DI KALANGAN MURID KELAS
KEJURUTERAAN MEKANIKAL
1
2
MD NASSER BIN SAMSUDIN , NUR AZNI BINTI MAT NAWI , UMI SALAMAH
3
4
BINTI BURAHAN , NOOR ZANARIAH BINTI MD ZAIN , FARIDAH BINTI
MOHAMED5
Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra
Jalan Ibbetson, 11400 Pulau Pinang
kasimanzen@yahoo.com
Metrologi Industri adalah salah satu subjek sokongan yang diperlukan dalam
bidang kejuruteraan, terutamanya kejuruteraan mekanikal. Metrologi biasa
dipanggil Sains Pengukuran adalah disiplin ilmu yang mengkaji jenis alat pengukur
kejuruteraan, kaedah pengukuran, penentukuran dan ketepatan dalam industri dan
Sains dan teknologi. Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan aktiviti pembelajaran
murid dalam matapelajaran Pengajian Kejuruteraan mekanikal menggunakan
multimedia sebagai alat penyampaian persembahan bahan. Berdasarkan jumlah
kes yang masih berlaku ramai murid tidak memahami konsep dan aplikasi
pengukuran linear dan pengukuran sudut. Dengan menggunakan model reka
bentuk Kurt Lewin, subjek kajian yang digunakan adalah murid Kejuruteraan
Mekanikal seramai 18 orang murid. Hasil kajian menunjukkan bahawa dalam
pencapaian pembelajaran murid dalam fasa pertama melalui aktiviti amali adalah
64.81%, selepas fasa kedua kadar pencapaian meningkat kepada 88.9%. Tahap
pemahaman menggunakan alat ukuran juga meningkat, dari 59.3% pada fasa
pertama menjadi 88.9% selepas fasa kedua.
Kata kunci: Aktiviti pembelajaran murid, pengukur kejuruteraan, multimedia, aktiviti
amali
KB21
EZ KAD WARNA- KAEDAH MENGINGATI FAKTA SEJARAH DALAM
KALANGAN PELAJAR SVM 2 ETE1 KVBP
NOR ABIZAN BINTI MD ZAIN
Kolej Vokasional Balik Pulau
11000 Balik Pulau, Pulau Pinang
abizan@edidik.edu.my
Kajian ini dibuat untuk membantu pelajar mengingati fakta-fakta yang terdapat
dalam Subjek Sejarah melalui Teknik EZ Kad Warna. Ia merupakan satu alternatif
lain kepada guru untuk menarik minat pelajar untuk mempelajari Subjek Sejarah.
Tinjauan awal mendapati bahawa pelajar sukar untuk mengingati fakta Sejarah
selepas membaca atau mendengar perbincangan topik dalam kelas. Ujian Pra
menunjukkan bahawa kesemua pelajar hanya dapat menjawab sekurang-
kurangnya 2 soalan dengan betul daripada 10 soalan yang ditanya. Ini sekaligus
menyumbang kepada kegagalan pelajar untuk menguasai mata pelajar Sejarah.
Atas kesedaran ini, satu kaedah mengajar menggunakan Teknik EZ Kad Warna
digunakan untuk membantu pelajar mengingati fakta Sejarah. Tambahan pula
179