Page 185 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 185
rendah dalam penghasilan produk menjadikan “TAG IY2KCI” mampu dimiliki oleh
semua murid.
Kata kunci: holistik, panduan, isi, tersusun, warna.
KB23
SMART SPONGE
MARIANI BINTI MANSOR
SMK Pengalat
Peti Surat 82, 89608, Papar, Sabah.
marianimansor.hhh@gmail.com
Inovasi ini bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran menyelesaikan
soalan melukis Plan Dan Dongakan. Dalam P&P geometri 2D dan 3D banyak
melibatkan visual imejan. Pendidik sering menggunakan bahan-bahan mengajar
(BBM) seperti bongkah bongkah pepejal, visual visual statik atau sekadar melukis
gambarajah berkenaan dipapan hitam atau putih. Proses P&P akan menjadi kurang
berkesan jika semua pelajar diandaikan mempunyai kebolehan serta kemahian
kognitif dan visualisasi yang sama. Maka timbullah idea menggunakan span.
Semasa di dalam kelas apabila menggunakan bongkah pepejal saya sering
memberitahu pelajar sekiranya kamu hendak melukis plan maka hendaklah kamu
bayangkan kamu menekan bongkah tersebut dari atas ke bawah. Manakala jika
hendak melukis dongakan sama ada dari depan atau sisi kamu hendaklah
membayangkan kamu menolak bongkah tersebut hingga ia penyet ke belakang.
Penerangan saya ini tidak difahami oleh kebanyakan pelajar saya dan saya mula
teringat dalam satu bahan pembacaan saya “apabila terlalu banyak menggunakan
kaedah syarahan, P&P ia akan menjadi kurang menarik, pelajar tidak memberikan
perhatian dan suasana kelas akan menjadi bosan. Saya perlu menjadi guru yang
kreatif, guru yang membantu mengatasi masalah ketidakfahaman pelajar, [Gerstner
et.al.(1994),p 82 - JURNAL PENDIDIKAN KPM] berpendapat bahawa “Nothing
happens in school unless students want to learn”. Oleh itu menurutnya untuk
mewujudkan pelajar yang ingin belajar elemen keseronokan belajar harus wujud.
Saya merasakan bagi mewujudkan keseronokan belajar saya perlu
memperbanyakkan aktiviti “hands on”. Semasa aktiviti “hands on”, saya
menyelitkan unsur unsur permainan (Games Based Learning). Saya juga akan
menggunakan pelbagai warna dalam kertas soalan dandalam projek inovasi.
Dalam inovasi ini saya menggunakan span menggantikan bongkah pepejal yang
keras dan tidak boleh ditekan. Saya juga menggunakan kertas yang bewarna warni
untuk menulis soalan. Saya juga dapati hanya selepas satu kelas sahaja 10
daripada 16 pelajar saya mendapat markah 9 dan ke atas dari 12 markah yang
diperuntukkan. Maka saya sangat yakin teknik menggunakan span yang saya
namakan sebagai Smart Sponge ini sangat sangat membantu saya dalam
memahamkan pelajar saya berbanding kaedah tradisional yang saya gunakan
sebelum ini.
Kata kunci: kemahiran visual, bahan maujud, Game Based Learning (GBL),
visualstatik, kemahiran kognitif.
181