Page 189 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 189
proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Antaranya ialah murid
kurang mengetahui peribahasa disebabkan peribahasa jarang digunakan dalam
perbualan harian pada zaman kini. Oleh hal yang demikian, guru perlu kreatif untuk
menarik minat murid memahami dan mengaplikasikan penggunaan peribahasa
sama ada dalam pertuturan atau penulisan. Objektif produk ini dibina adalah untuk
memperkayakan pengetahuan murid tentang pelbagai peribahasa menarik. Selain
itu, murid juga mudah untuk mengingat lebih banyak peribahasa dan maksudnya
dengan teknik kad selak, di samping mereka dapat mengaplikasikan peribahasa
tersebut dalam membina ayat atau menulis karangan. Metodologi pengaplikasian
ALBUMPER di dalam bilik darjah adalah sebagai alat bantu mengajar (ABM) yang
digunakan oleh guru untuk mengajar murid pelbagai peribahasa dengan teknik
imbasan/selakan kad, permainan kuiz atau aktiviti berkumpulan. ALBUMPER
merupakan rekaan asli kumpulanguru panitia Bahasa Melayu, SMK Dalat dengan
nombor pendaftaran MyIPO, LY2019001321. ALBUMPER berpotensi untuk
dipasarkan dengan harga yang berpatutan ke seluruh negara kerana memiliki ciri-
ciri seperti ringan, mudah dibawa dan menarik. Penggunaan ALBUMPER telah
disebarluaskan di peringkat daerah dan sekolah, serta telah menyertai pelbagai
pertandingan inovasi dengan pencapaian 1 emas, 2 perak dan 1 gangsa.
Kata kunci: ALBUMPER, peribahasa, Bahasa Melayu, kad selak
KB29
INTANGKAS 1.0
2
1
DATU ROSLIN BIN DATU SIABOK ; LATIFAH BINTI AYAN, PhD ; MOHD
3
AZIZUAN ABDUL, PhD
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu
Peti Surat 297, 89108 Kota Marudu, Sabah
azizuanabdullah73@gmail.com
Intangkas merupakan ringkasan daripada perkataan di dalamnya “in” ada sesuatu
yang tangkas untuk dipelajari. Modul intangkas ini dihasilkan untuk memudahkan
calon SPM memahami silibus baharu KSSM. Modul ini diterbitkan dalam dua edisi
iaitu Edisi tingkatan 4 yang meliputi keseluruhan silibus KSSM Tingkatan 4 dan
Edisi Tingkatan 5 yang meliputi semua silibus baharu KSSM Tingkatan 5. Selain
itu, Modul Intangkas ini juga berfungsi untuk membantu pelajar mengggalurkan
fakta demi fakta dan huraian untuk sesuatu fakta melalui peta minda dan I-
Think yang dihasilkan. Modul ini juga sesuai untuk semua peringkat penguasaan
pelajar, pelajar cemerlang akan mengemukakan fakta dan huraian yang lengkap,
manakala pelajar kurang cemerlang akan melengkapkan modul dengan satu fakta
dan satu huraian sahaja. Secara tidak langsung modul ini membantu pelajar lemah
untuk menguasai sekurang-kurangnya 1 fakta dan 1 huraian utk sesuatu
topik. Istimewanya Intangkas kerana ia meliputi nota terarah yang diisi sendiri oleh
pelajar mengikut pemahaman masing-masing dan disertai dengan soalan mengikut
bab yang dilengkapi dengan soalan KBAT.
185