Page 190 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 190

Kategori C: Guru Sekolah Rendah

          KC01

                                       TREK 60

                              FAIRUZ HANI BINTI WAGIMAN
                                   SK Datuk Wan Idris
                         Jalan Tahang Rimau, 85000, Segamat, Johor
                                fairuzhani1638@gmail.com

          Semasa  mengajar  murid  Pendidikan  Khas  KSSRPK  Tahun  4  (masalah
          pembelajaran)  bagi  tajuk  ‘Masa  dan  Waktu’,  saya  dapati  proses  penerangan
          berkenaan konsep masa dan waktu terutamanya: i)-nama jarum pada muka jam,
          ii)-perkaitan  masa  dan  iii)-membaca  waktu  menjadi  sukar  kerana  teknik
          pembelajaran  biasa  untuk  murid  normal  amat  berbeza  dibanding  murid
          berkeperluan khas. Mereka juga keliru dengan bahan bantu mengajar sewaktu di
          dalam  kelas  (dua  jarum  sahaja)  dengan  jam  sebenar  di  persekitaran  mereka.
          Merujuk  kepada  petikan  di  artikel  yang  ditulis  oleh  Jawatankuasa  Bersama
          Kebangsaan Bermasalah Pembelajaran (The National Joint Committee on Learning
          Disabilities,  1988)  yang  terdiri  daripada  organisasi  professional,  mentakrifkan
          masalah  pembelajaran  sebagai  merujuk  kepada  satu  kumpulan  masalah  yang
          pelbagai   yang   mengakibatkan   kesukaran   yang   nyata   mendengar,
          bertutur,membaca,  menulis,  membuat  keputusan  atau  menyelesaikan  masalah
          matematik. Masalah–masalah ini berpunca daripada ketidak fungsian sistem saraf
          pusat, dan boleh berlaku pada bila–bila tahap umur. Terutamanya, murid ADHD,
          mempunyai  masalah  inattention  yang  mana  murid  mempunyai  daya  penumpuan
          yang  lemah.  Maka,  guru  perlu  mengajar  dalam  bentuk  yang  lebih  menarik  dan
          berpandu. Oleh itu, pengkaji mendapati penggunaan BBM biasa sebagai medium
          pengajaran  membuatkan  murid  bosan  dan  tidak  fokus.  Pengkaji  memikirkan
          strategi  pembelajaran  yangbersesuaian  bagi  mengatasi  masalah  ini  dengan
          mengambil  kira  keperluan  objektif  pembelajaran  dan  strategi  pembelajaran  yang
          bersesuaian. Oleh itu, pengkaji telah mengubahsuai muka jam bagi memudahkan
          murid  bermasalah  pembelajaran  menguasai  konsep  masa  dan  waktu  dengan
          teknik penceritaan bagi menamakan nama jarum pada muka jam serta perkaitan
          masa. MBK juga boleh menguasai kemahiran menentukan waktu dengan bantuan
          notasi warna-warna yang menarik dangajet-gajet ‘Trek 60’.

          KC02

                               THE AMAZING SHARPENER

                             MUHAMMAD AFHAM BIN BIDIN
                                    SK SG Penchala
                           Jalan Damansara, 60000, Kuala Lumpur
                                  afham255@gmail.com

          Masalah  kelas  kotor  akibat  sisa-sisa  asahan  pensel  bertaburan  di  atas  lantai
          menjadi fenomena biasa terutama di sekolah rendah. Fenomena ini berlaku kerana
          pengasah  pensel  yang  digunakan  oleh  majoriti  murid  tiada  ruang  penyimpanan
          atau  mempunyai  ruang  penyimpanan  sisa  asahan  bersaiz  kecil  yang  dibelidi
                                                                         186
   185   186   187   188   189   190   191   192   193   194   195