Page 187 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 187
COVID-19 memandangkan mata pelajaran RBT baru mula diperkenalkan pada
2017, bahan rujukan secara maya belum ada lagi yang tersusun mengikut
tingkatan. PENERANGAN PROJEK INOVASI: Projek ini melibatkan pengaplikasian
dan pemanfaatan teknologi di mana bahan rujukan mata pelajaran RBT telah di
pilih mengikut kesesuaian dan bertepatan dengan kehendak Standard
Prestasidalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
menggunakan Google Sites untuk memudahkan murid dan guru membuat rujukan
semasa proses pengajaran danpembelajaran dari rumah (PdPR) atau
pembelajaran kendiri. KEADAAN SELEPAS INOVASI: Penggunaan Google Sites
yang lebih praktikal untuk dilayari oleh murid dan guru. Percubaan telah
dilaksanakan untuk satu topik mata pelajaran RBT Tingkatan 3 dandidapati dapat
membantu murid dalam proses pembelajaran kendiri dan seterusnya perlu
diimplementasi secara menyeluruh ke atas semua topik mata pelajaran RBT
semua tingkatan. FAEDAH PELAKSANAAN INOVASI: Google Sites RBT telah
berjaya membantumurid untuk melaksanakan pembelajaran kendiri dalam satu-
satu topik. Ianya menjimatkan masa, kos serta penggunaan bahan bercetak.
ANGGARAN KOS: Kos untuk melaksanakan Google Sites RBT hanya RM15 untuk
keseluruhan projek.
Kata kunci: Google Sites, RBT, DSKP
KB26
MODUL VIDEO BERISYARAT
ABDUL HALIM BIN MOHD NASA
SMK Tunku Ampuan Durah
Jalan Sikamat, 70400 Seremban, Negeri Sembilan
alimz85@gmail.com
Pengajaran dan pembelajaran cara baru sangat dituntut ketika pandemik CoVid-19
melanda negara. Hal ini adalah di sebabkan tercetusnya pengajaran dan
pembelajaran dengan norma yang baharu. Agak sukar bagi murid bermasalah
pendengaran untuk menikmati gaya pengajaran baharu tertutamanya apabila tidak
dapat belajar secara bersemuka. Modul video berisyarat merupakan satu inovasi
yang dibangunkan berasaskan modul matapelajaran KVS Pembuatan Pastri untuk
murid-murid bermasalah pendengaran kefungsian tinggi, rendah dan sederhana.
Idea ini dilhat dapat membantu bukan sahaja murid bermasalah pendengaran di
Negeri Sembilan, malah ia boleh diguna pakai juga di serata Malaysia kerana
menggunakan silibus yang sama. Malah impaknya bukan sahaja di peringkat
sekolah, malah kolej komuniti, Kolej Vokasional juga IPTA/S yang mempunnyai
pelajar berkeperluan khas bermasalah pembelajaran yang mengambil kursus yang
sama. Objektif inovasi ini ialah untuk menarik minat pelajar (elemen didik hibur)
mengambil bahagian dalam sesi PDPR. Selain itu, melalui modul video berisyarat
ini juga diharap murid lebih memahami isi pengajaran yang dibantu dengan Bahasa
isyarat yang diterjemah oleh guru. Ia sangat menarik untuk dikongsikan kerana
melalui modul ini, murid tidak bosan dengan hanya melihat dan membaca tulisan
sahaja ketika PDPR berlangsung. Malah, video juga dapat diulang tayang tanpa
menggunakan data yang banyak seperti Google Meet dan Zoom. Bagi projek
inovasi rintis ini, ia dilakukan di dalam dua buah kelas KSSMPK danmurid
dikehendaki menonton video melalui media sosial yang telah dikongsikan secara
umum.
183