Page 184 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 184
peralatan yang digunakan untuk menyediakan EZ Kad Warna ini adalah murah
iaitu dari tag nama dan kertas A4 warna iaitu satu resolusi diambil untuk dijadikan
alat bantu belajar. Cara menggunakan Teknik EZ Kad Warna ini untuk mengingati
fakta Sejarah ialah menulis fakta-fakta dari topik yang dipelajari. Pelajar akan diberi
Kad Kad Warna yang telah ditulis satu fakta Sejarah serta diberi masa untuk
membaca dan mengingati fakta yang terdapat dalam EZ Kad Warna tersebut.
Kemudian pelajar tersebut akan menyebut untuk didengar oleh pelajar lain. Jika
masih gagal untuk mengingati fakta yang diberi, pelajar akan merujuk semula
kepada Kad warna tersebut. Kajian ini melibatkan 10 orang pelajar dari kelas SVM
2 ETE1. Hasil dapatan menunjukkan bahawa sebanyak 90% pelajar berjaya
menjawab dengan baik soalan yang ditanya selepas mengunakan Teknik EZ Kad
Warna ini. Bahan ini amat bermanfaat sebagai bahan bantu mengajar guru dan
pelajar ke arah meningkatkan prestasi pelajar, malah boleh diaplikasi kedalam
subjek lain.
Kata kunci: EZ Kad Warna: Mengingati Fakta Sejarah
KB22
TAG IY2KCI
OLIVIA BINTI RAHMAN
SMK Kunak
Peti Surat 30, 91207 Kunak, Sabah
viaryn5020@gmail.com
Murid tahun 2021 adalah murid pertama yang akan menduduki peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
yang baharu. Oleh itu terdapat beberapa perubahan besar yang menjadi kerisauan
semua pihak kerana tiada lagi kertas 3 dalam subjek sejarah SPM. Pengenalan
penandaan secara holistik atau penggunaan prinsip rubrik dalam penulisan
jawapan bagi soalan KBAT di kertas 2 memerlukan murid menghuraikan jawapan
sejelas-jelasnya untuk memperolehi markah penuh. Murid dilihat susah untuk
mengembangkan isi utama bagi memenuhi aspirasi penandaan holistik. Murid tidak
mempunyai panduan jelas untuk memandu mereka menghasilkan jawapan. Oleh
itu, kajian untuk mencari solusi ini telah di dilaksanakan di sebuah sekolah di dalam
daerah Kunak dan kini diperluaskan penggunaannya ke seluruh daerah Kunak.
Pengkaji telah berjaya mencipta satu kaedah untuk menangani isu tersebut dan
dilihat membantu murid daripada pelbagai aras. Kaedah ini dinamakan “TAG
IY2KCI”. “TAG IY2KCI” telah menyediakan langkah yang sistematik yang dijadikan
panduan untuk murid mengembangkan isi. Selepas mengenalpasti isi, murid akan
mengembangkan isi dengan menggunakan prinsip Y2KCI (Why, Kesan atas
Kesan, Contoh, Inferens). Kaedah ini ternyata dapat mengatasi dan membendung
sikap murid yang menulis huraian tanpa berfikir kesesuaian huraian dengan isi
yang diberikan. Murid juga dapat menulis jawapan esei KBAT dengan lebih
tersusun dan seterusnya memenuhi syarat penandaan holistik dalam soalan KBAT
sejarah SPM. Kaedah ini terbukti sesuai dilakukan semasa bersemuka (pdpc)
mahu pun secara tidak bersemuka (pdpr). Kaedah ini juga sesuai dilaksanakan
dalam norma baharu proses pengajaran di rumah samada secara individu atau
tugasan berkumpulan bagi memenuhi aspirasi pembelajaran abad ke-21.
Penggunaan warna traffic light juga menjadikan panduan ini menjadi lebih mudah
dan mampu menjana pemikiran kreatif dan kritis murid dalam penulisan. Kos yang
180