Page 188 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 188

Kata kunci: Bahasa isyarat, modul inovasi, murid bermasalah pendengaran, didik
                     hibur, pembuatan pastry.

          KB27

                                CARTA SEDAR BAHASA

                          UMA THEVI A/P VETRIVEILMANY, PhD
                                      SMK Ibrahim
                         Jalan Kolam Air, 08000 Sungai Petani, Kedah
                                uma_d79@yahoo.com.my

          Kajian  ini  mengkaji  penulisan  karangan  yang  gramatis  dan  bertahap  cemerlang
          khususnya karangan Bahagian B Bahasa Melayu Kertas 1 SPM ekoran masalah
          dari  aspek  bahasa  yang  masih  belum  dapat  dikuasai  oleh  murid.  Kajian  ini
          menggunakan Carta Sedar Bahasa agar guru mata pelajaran memainkan peranan
          afdal  dan  serius  dalam  proses  (menanda)  TANDA  hasil  penulisan  murid
          supayamurid SEDAR akan kesilapan masing-masing ke arah penulisan karangan
          yang gramatis.  Responden bagi kajian ini melibatkan seramai enam orang murid
          Tingkatan 5SN2 tahun 2021. Data dikumpulkan melalui penggunaan Carta Sedar
          Bahasa bagi Latihan Karangan Bahagian B (1) sewaktu pelaksanaan PdPr (Mac)
          dan penggunaan Carta Sedar Bahasa bagi penulisan Karangan Bahagian B dalam
          Peperiksaan  Pertengahan  Tahun  (April).  Di  samping  itu,  temu  bual  berfokus
          terhadap  persepsi  murid  dalam  penggunaan  Carta  Sedar  Bahasa  ke  arah
          penulisan karangan yang gramatis dan cemerlang juga turut dilaksanakan. Carta
          Sedar Bahasa yang digunakan bagi kedua-dua karangan di analisis. Begitu juga,
          markah  yang  diperoleh  bagi  kedua-dua  penulisan  karangan  turut  dibandingkan.
          Hasil dapatan kajian tindakan ini menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam
          markah murid. Malah, kesalahan bahasa yang dilakukan oleh murid berkurangan.
          Hal  ini  menunjukkan  murid  SEDAR  akan  kesilapan  mereka  dan  tidak  lagi
          cenderung  melakukan  kesilapan  berulang.  Melalui  kajian  tindakan  ini  dapat
          disimpulkan  bahawa  kaedah  penggunaan  Carta  Sedar  Bahasa  untuk  penulisan
          karangan  dapat  meningkatkan  prestasi  murid  dalam  penulisan  karangan  yang
          gramatis tanpa kesalahan bahasa yang serius yang selama ini menjadi halangan
          kepada murid ke arah memperoleh markah peringkat cemerlang.

          KB28

                                      ALBUMPER

                                 1
                                                          2
              ABDUL GAFAR MAHDI , ABDUL RAHMAN ZULKIPLI , AZMUL ALIYA
                                         3
                                                                    4
                 HAMIDAH BINTI MOHAMAD , NOR BASIRAH BINTI HASSAN
                                       SMK Dalat
                  Lot 150, Oya-Dalat Land District, 96300 Dalat, Mukah, Sarawak
                                       2
                   1 cikgugafar@gmail.com,  abdulrahmanzulkipli@gmail.com,
                                        4
                   3 azmulaliya@gmail.com,  norbasirahhassan11@gmail.com

          “ALBUMPER”  merupakan  satu  alat  bantu mengajar  dalam  bentuk  kad  selak  (flip
          card)  seperti  calendar  meja,  yang  memaparkan  peribahasa  tertentu  yang
          disertakan  dengan  gambar  dan  maksudnya  sebagai  pembayang.  Produk  ini
          dihasilkan  bagi  mengatasi  masalah  yang  dihadapi  oleh  guru  dan  murid  dalam
                                                                         184
   183   184   185   186   187   188   189   190   191   192   193