Page 191 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 191
pasaran. Akibatnya banyak sisa-sisa asahan pensel bertaburan di atas lantai dan
menjejaskan keceriaan kelas. Dari sehari ke sehari masalah persekitaran kelas
kotor terus berlaku terutama pada masa Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)
yang melibatkan aktiviti menggunting dan menampal gambar. Cebisan kertas
daripada aktiviti menggunting dan menampal menambahkan lagi masalah kelas
kotor. Walaupun bakul sampah disediakan di belakang kelas tetapi masalah kelas
kotor masih berlaku sehingga terdapat cebisan kertas di luar bakul sampah.
Pengasah pensel yang mempunyai ruang penyimpanan sisa asahan yang kecil
juga memerlukan murid bergerak ke belakang kelas bagi membuang sisa tersebut
setelah penuh. Natijahnya murid tidak fokus semasa PdPc berlangsung kerana
bergerak membuang sisa asahan pensel. Bertindak bagi mengatasi masalah ini,
pengkaji telah melaksanakan pembelajaran berasaskan projek berteraskan
pembelajaran abad ke-21 (PAK21) dengan menghasilkan The AmazingSharpener
bagi mengatasi masalah ruang penyimpanan sisa-sisa asahan pensel yang kecil
kepada yang lebih besar, bertutup dan tidak perlu lagi bergerak bagi membuang
sisa-sisa asahan pensel yang boleh mengganggu tumpuan murid dalam PdPc.
Impaknya sekolah semakin bersih, PdPc berlangsung dengan lancar, tumpuan
murid dalam pelajaran semakin meningkat dan tanggungjawab menguruskan sisa-
sisa buangan beralih kepada para murid.
KC03
RoFKarF 2.0 (RODA FORMULA KARANGAN FAKTA)
SITI NURJAMIA’TUL AISYAH BINTI OMAR
SK Buloh Kasap
KM 16, Jalan Abdullah, Buloh Kasap, 85010 Segamat, Johor
aisyah6342@gmail.com
Kemahiran menulis untuk menyampaikan maklumat yang betul dengan
menggunakan idea utama dan idea sampingan secara kohesi dan koheren dengan
bahasa yang santun. Merupakan komponen kemahiran yang penting bagi murid
tahap rendah. Kemahiran ini terkandung dalam DSP untuk standard pembelajaran
2.4 dan 3.6 yang menjadi penilaian pentaksiran kepada murid. Membina dan
menulis idea dalam menjawab soalan penilaian khususnya UPSR dan penilain
kemahiran PBD untuk kemahiran menulis merupakan elemen yang sangat penting
pada murid agar murid mampu mengembangkan idea tanpa tersasar daripada
kehendak soalan. Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah bagi murid tahun
6 yang masih lemah dalammembina sebuah karangan dengan format dan cara
yang betul serta mengembangkan idea tersebut dengan huraian yang baik. Guru
berharap melalui kajian ini dan langkah-langkah yang diambil dapat membantu
murid-murid mengatasi masalah dalam membentuk idea utama dan idea
sampingan berdasarkan kepada kehendak soalan, seterusnya dapat meningkatkan
prestasi mereka dalam mengembangkan idea tersebut menjadi ayat yang gramatis.
Kajian ini mengambil masa selama tiga minggu iaitu pelaksanaannya sepanjang
tempoh PDPR. Pada akhir kajian ini, guru mendapati prestasi murid-murid dalam
ujian pos telah meningkat. Menarik minat murid dalam penulisan bukanlah sesuatu
yang mudah dan guru telah berjaya melaksanakannya dalam kaedah inovasi yang
digunakan ini dengan membina idea mengikut landasan yang betul. Guru berharap
method yang boleh membantu pelajar ini dapat berterusan supaya dapat
187