Page 196 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 196

the  action  research  will  focusing  on  how  the  Authentic  Video  is  able  to  help  the
          educators in rural area. In the future, it is suggested that theuse of authentic video
          should be compulsory done in the event of Home Based Teaching and Learning
          (PDPR) sessions.
          Keywords: Authentic Video, Home Based Teaching and Learning, achieve, rural

          KC10

                                   KAD KALKULATOR

                          MOHAMMAD AZRI BIN AHMAD ANUAR
                                    SK Buloh Kasap
                             85010 Segamat, Johor Darul Takzim
                              azriahmadanuar@gmail.com.my

          Penyelidikan tindakan ini dijalankan kepada murid prasekolah yang berusia 6 tahun
          bagi  tujuan  mengatasi  masalah  mengira  dalam  operasi  tambah  dan  tolak  dalam
          lingkungan  1  hingga  18  menggunakan  satu  bahan  bantu  mengajar  yang  dibina
          khas untuk mengatasi masalah tersebut yangdiberi nama “Kad Kalkulator”. Kajian
          ini dijalankan ke atas dua orang murid prasekolah di daerah Segamat, Johor. Hasil
          tinjauan awal, saya dapati terdapat dua orang murid yang tidak dapat menguasai
          operasi tambah dan tolak ini dengan baik. Oleh itu, dengan menggunakan bahan
          bantu mengajar (BBM) “Kad Kalkulator” yang dibina khas untuk membantu murid-
          murid  agar  mereka  dapat  menyelesaikan  masalah  operasi  tambah  dan  tolak  ini.
          Saya juga menggunakan pendekatan belajar melalui bermain bagi menarik minat
          murid  untuk  menggunakan  bahan  bantu  mengajar  yangtelah  saya  bina.  Fokus
          kajian ini adalah untuk membantu murid dalam menyelesaikan operasi tambah dan
          tolak  dalam  lingkungan  nombor  1  hingga  18  sahaja.  Ini  adalah  termasuk  dalam
          kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh murid-murid prasekolah. Dapatan kajian
          ini menunjukkan peningkatan peratus dalam menyelesaikan operasi tambah oleh
          murid-murid  tersebut.  Rumusan  yang  boleh  dibuat  ialah  murid  mampu
          meningkatkan  kemahiran mereka  dalam menyelesaikan masalah  operasi  tambah
          ini  sekiranya  kita  mampu  menggunakan  kaedah  yang  sesuai  dengan  tahap
          perkembangan mereka.
          Kata kunci: Kad Kalkulator, Operasi Tambah, Operasi Tolak.

          KC11

          INOMAJ DAPAT MENINGKATKAN PRESTASI, KONSEPSI DAN MINAT MURID
                               TERHADAPKATA MAJMUK

                               AHMAD AFANDI BIN YUSRI
                                   SK Bayan lepas Dua
                   Jalan Damar Laut Indah, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
                                  A.Fandy90@gmail.com

          Kajian  ini  bertujuan  untuk  melihat  penggunaan  kad  imbasan  bergambar  yang
          dinamakan  Inomaj  diperkaya  dengan  teknologi  realiti  terimbuh  dalam  membantu
          meningkatkan pencapaian pentaksiran bilik darjah, mengkonsepsikan kata majmuk
          dan mampu menarik minat murid. Kajian ini dilaksanakan terhadap 10 orang murid
          tahun 1 yang terdiri daripada murid lemah dan sederhana. Sampel ini dipilih setelah
                                                                         192
   191   192   193   194   195   196   197   198   199   200   201