Page 199 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 199
Tac Toe Sentence Maker’. The ‘Tic Tac Toe Sentence Maker’can be improved by
adding more cubes to learn sentence expansion. This innovation also can beused
to teach other grammar items.
Keywords: construct, SVO pattern, develop, writing skill
KC15
SCAN n GO PENTADBIRAN SEKOLAH KE ARAH DIGITAL IR4.0
2
1
RAGU SINNASAMY , VADIVELAN LOHONATHAN
SJK(T) Sepang
Jalan Kelab, 43900 Sepang, Selangor
1 2
RAGU.bbd9458@edidik.edu.my, VADIVELAN.bbd9458@edidik.edu.my
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dengan pelbagai penciptaan
perisian telah membuka ruang maya yang cukup luas kepada guru dalam mencari
ilmu. Selain mendorong minat dan menggalakkan pembelajaran secara akses
kendiri, teknologi maklumat ini wajar dimanfaatkan untuk menjadikan proses
pengurusan pentadbiran sekolah, pengajaran dan pembelajaran lebih mudah dan
efektif. Sejajar dengan transformasi pendidikan dan Anjakan ke-7 dalam PPPM
iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti Pembelajaran di Malaysia serta
perkembangan teknologi maklumat, penyelidik ingin meneroka penghasilan Google
Form dan penggunaannya dalam proses pengurusan sekolah. Sejak kebelakangan
ini, segala laporan pengurusan harian sekolah tidak dapat diuruskan dengan baik
sekali kerana peningkatan dalam beban tugas guru, kekangan masa dalam
penulisan laporan secara manual. Maka penyelidik ingin mengkaji penggunaan
aplikasi SCAN n GO secara online dalam menguruskan laporan harian pengurusan
sekolah di SJK(T) Sepang. Penggunaan aplikasi SCAN n GO dapat
mengurangakan beban tugas dan mengurangkan penggunaan kertas bagi mengisi
buku laporan selaras dengan dasar tranformasi digital sekolah. Seramai 18 orang
guru telah menyertai dalam kajian ini. Guru dapat merekodkan semua data dan
maklumat pengurusan hanya dengan satu imbasan terhadap “QR CODE” yang
disediakan dan memilih pilihan mengikut kategori. Guru-guru dapat mengisi segala
data pengurusan sekolah dengan hanya menggunakan telefon pintar dan peranti
komputer dimana sahaja mereka berada. Setelah mengisi borang melalui SCAN n
GO guru akan menerima notifikasi dan salinan laporan tentang pengisiannya
melalui email ‘Google Classroom’. Ia akan menjimatkan kos dan masa untuk
analisis dapatan data dalam pengurusan sekolah. Selain itu, guru juga boleh
mengakses SCAN n GO melalui QR Barcode yang disediakan oleh penyelidik di
mana-mana pun. Dengan ini tugasan guru sekolah akan menjadi lebih mudah
untuk mengakses SCAN n GO di mana sahaja mereka berada dan dapat
mengakses dengan mudah serta mengisi laporanharian sekolah secara sistematik
dan lebih efisen. Dengan adanya aplikasi ini guru-guru tak perlu cetak, tak perlu
risau tentang kehilangan data laporan sekolah ini kerana aplikasi ini menggunakan
Google Drive (‘cloud base storage’) sepenuhnya. Guru Besar dan barisan pentadbir
sekolah sentiasa memantau pelaporan pengurusan sekolah ini secara online
dengan lebih cepat dan mudah. Penghasilaan SCAN n GO ini telah dapat
membantu mencapai aspirasi sekolah digital dengan jayanya.
Kata kunci: Google Classroom, Google Form, QR Barcode, SCAN n GO
195