Page 203 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 203
KC20
MY POCKET SENTENCE
4
1
2
3
KHO LING HUA , LEE MUH HWA , LO SIEW LING , LAW LING LING , LIM
7
5
6
SIOK CHIN , ANNA MARIA SONG HIE LING , GARRETH WONG KIING BING ,
10
9
8
WONG HIE PING , NGAN ANG NEE , WONG LUNG MEE
SJK(C) Chung Hua Pujut
Piasau Lorong 8, Jalan Pujut-Lutong, 98000 Miri
1 2 3
linghuakho@gmail.com, nashj_lee@yahoo.com, lynne_1031@yahoo.com,
5
4 lingling.edengroup@gmail.com, limsiokchin@yahoo.com,
6 shl_anna84@yahoo.co.uk, syn_84@yahoo.com, whp33333@yahoo.com,
7
8
9 10
angnee82@gmail.com, lungmee123@yahoo.com
Kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran asas Bahasa Inggeris untuk
murid-murid sekolah rendah. Inovasi dalam kaedah My Pocket Sentence
pengajaran kemahiran menulis membawa tranformasi agar mencapai kejayaan
yang lebih cemerlang dalam kalangan murid secara optimum. Oleh yang demikian,
tinjauan awal telah dilaksanakan melalui semakan kerja murid, pemerhatian serta
pentaksiran bilik darjah (PBD). Hasil tinjauan menunjukkan bahawa murid kurang
mahir dalam menulis ayat yang lengkap. Antara kesilapan yang sering murid
lakukan semasa menulis ayat termasuklah salah penggunaan perkataan-
perkataan, susunan ayat yang tidak betul dan struktur ayat yang bermasalah.
Dalam usaha mengatasi masalah ini, kami telah menggunakan kaedah My Pocket
Sentence di mana kumpulan sasaran kajian dikehendaki membina satu ayat
mudah berdasarkan topik pengajaran dan gambar yang dilukis selepas satu sesi
pengajaran. Murid-murid membina ayat mengikut ragam ayat ataupun sentence
pattern yang diberikan oleh guru Bahasa Inggeris. Kajian ini melibatkan 15 orang
murid dari kelas 2K serta guru Bahasa Inggeris 2K. Aktiviti kajian dijalankan pada
akhir setiap kelas Bahasa Inggeris dan mengambil tempoh masa selama dua
bulan. Dapatan kajian menunjukkan prestasi penulisan kumpulan murid ini
meningkat. Murid turut menunjukkan minat pada matapelajaran Bahasa Inggeris
kerana lebih mudah difahami, senang dibuat dan seronok. Makala pengajaran dan
pembelajaran penulisan ayat menggunakan kaedah ini haruslah diaplikasikan
dalam kalangan murid, terutamanya murid Tahun 1 hingga 3 untuk memupuk minat
mereka terhadap matapelajaran Bahasa Inggeris selain meningkatkan kemahiran
penulisan ayat mereka.
Kata kunci: kemahiran asas, inovasi dalam kaedah pengajaran, membawa
transormasi, kemahiranpenulisan ayat, prestasi penulisan
KC21
INYOWRI J-SCITH
NUR ASYIQIN BINTI AHMAD RIDZWAN
SK Bukit Baru
KM 5, 75150 Bukit Baru, Melaka
asyiqinridzwan90@gmail.com
INYOWRI J-SCITH merupakan suatu alatan baharu yang direka cipta khas oleh
pengkaji untuk membantu menyelesaikan masalah utama asas tulisan murid-murid
199