Page 206 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 206

kemahiran  ini.  Tinjauan  awal  bagi  mengenal  pasti  masalah  yang  dihadapi  oleh
          murid  ialah  melalui  pemerhatian,  semakan  buku  latihan  dan  Ujian  Pra.  Hasil
          tinjauan  menunjukkan  murid  melakukan  kesilapan  dalam  penggunaan  formula
          untuk  mencari  nilai  anu  dalam  pendaraban  dan  pembahagian,  di  samping  tidak
          dapat  mendarab  dan  membahagi  nombor  dengan  tepat.  Setelah  3  fasa  aktiviti
          pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan, analisis keberkesanan intervensi telah
          dibuat  dengan  mengukur  min  skor  perbandingan  Ujian  Pra  dan  Ujian  Pos  yang
          terdiri  daripada10  item  yang  mencari  nilai  anu  yang  melibatkan  pendaraban  dan
          pembahagian  dalam  lingkungan  100.  Analisis  data  menunjukkan  peningkatan
          penguasaan kemahiran murid menyelesaikan soalan sebanyak 49% di dalam Ujian
          Pos. Kajian ini telah menunjukkan bahawa keberkesanan ‘Unknown MULDIV Card’
          yang  berinovatif  ini  dapat  membantu  murid  meningkatkan  tahap  penguasaan
          kemahiran  dan  minat  serta  motivasi  mencari  nilai  anu  yang  melibatkan
          pendarabandan  pembahagian  dalam  lingkungan  100.  “Unknown  MULDIV  Card”
          ialah  set  bahan  bantu  belajar  yang  mudah  dibuat  oleh  guru,  menarik,  murah,
          mudah  dibawa,  tahan  lama  serta  berkesan  digunakan  murid  sama  ada  secara
          individu atau berkumpulan. ‘Unknown MULDIV Card’ terdiri daripada 8 komponen
          kecil yang mempunyai fungsi masing-masing.
          Kata kunci: Nilai anu, matematik, pendaraban, pembahagian

          KC25

                                     BEESY RULER

                             SITI ZURAIDAH BINTI SULAIMAN
                                     SK Kuala Abai
                           Peti Surat 156, 89158 Kota Belud, Sabah
                               nurdarahinwazie@gmail.com

          Tujuan  inovasi  ini  adalah  untuk  membantu  murid-murid  memahami  konsep
          menyambung nombor bagi operasi tambah dan tolak lingkungan 30. Tercetusnya
          idea  untuk  mencipta  alat  inovasi  iaitu  BeeSy  Ruler  berdasarkan  kepada  isu
          kepayahan dan kesusahan murid dalam mengira operasi tambah dan tolak yang
          melibatkan nombor yang besar. Masalah utama ialah mereka tidak memahami dan
          tidak  menguasai  kemahiran  menyambung  nombor  walau  dari  mana-mana
          kedudukan  sedangkan  ianya  kemahiran  yang  sangat  penting  untuk  topik  ini.
          Sebelum  inovasi  ini  dijalankan,  saya  telah  memberikan  ujian  tambah  dan  tolak
          lingkungan  30  kepada  30  orang  murid  yang  terdiri  daripada  murid  Prasekolah,
          Pemulihan,  Pendidikan  Khas,  Tahap  1  dan  Tahap  2.  Berdasarkan  kepada  ujian
          tersebut,  saya  dapati  mereka  tidak  boleh  menjawab  semua  soalan-soalan  itu
          dengan betul. Setelah menggunakan BeeSy Ruler, didapati bahawa mereka telah
          berupaya  untuk  menjawab setiap soalan  operasi  tambah dan  tolak  dengan  betul
          kurang  dari  2minit.  Selain  itu,  secara  tidak  langsung  mereka  mampu  membuat
          pengiraan  dengan  mudah,  cepat  dan  seronok.  Istimewanya,  inovasi  ini
          menggalakkan  murid  membina  soalannya  sendiri  dan  menyelesaikannya  secara
          kendiri  atau  self-learning.  Bahan-bahan  untuk  menghasilkan  BeeSy  Ruler  ialah
          kotak,  lidi,  kad  nombor,  kertas  sticker,  straw  dan  kosnya  hanya  RM23.00.
          Kesimpulannya,  alat  ini  dengan  jelas  dapat  membantu  murid  belajar  konsep
          menyambung  nombor  yang  mana  ianya  kemahiran  yang  penting  untuk  sukatan
          operasi tambah dan tolak yang melibatkan nombor yang besar.

                                                                         202
   201   202   203   204   205   206   207   208   209   210   211