Page 211 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 211

muzik tersebut. Daripada dapatan kajian ini, teknik ini amat membantu MBK dalam
          memainkan  alat  muzik  Angklung  dan  Caklempong  dengan  baik.  Mereka  juga
          mampu  untuk  melakukan  persembahan  alatan  muzik  tersebut  dikhalayak  ramai
          dengan penuh berkeyakinan.
          Kata  kunci:  Kot  DIGIT  Muzik,  Murid  Berkeperluan  Khas  (MBK),  alat  muzik
                     Angklung dan Caklempong

          KC32

           CARA CEPAT MENGUASAI KEMAHIRAN MEMBACA MURID PRASEKOLAH
                    DENGAN MENGGUNAKAN KIT AULAD PINTAR (KAP)

                                 SHARIFAH BINTI SAAD
                                    SK Kuala Nerang
                                06300 Kuala Nerang, Kedah
                              mencarisinardhuna@gmail.com

          Menurut    Zainiah  (2005),  membaca  merupakan  satu  tumpuan  utama  dalam
          komponen  kurikulum  prasekolah  kerana  membaca  adalah  aspek  yang  sangat
          penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Dunia kanak – kanak penuh dengan
          aktiviti  bermain.  Kanak  –  kanak  mempelajari  sesuatu  dengan  paling  berkesan
          apabila  mereka  sedang  berseronok.  Sama  juga  untuk  memperkenalkan  konsep
          kemahiran  literasi  khususnya  kemahiran  membaca  perlulah  dengan  cara  yang
          menyeronokkan. Bahan inovasi yang dihasilkan adalah untuk menangani masalah
          kemahiran  membaca  murid-murid  yang  digabungjalinkan  dengan  kaedah  belajar
          sambil bermain. Bahan inovasi ini, terdiri daripada modul bacaan yang digunakan
          bersama  bahan  bantu  belajar  yang  menarik.  KIT  Aulad  Pintar  terdiri  daripada  4
          modul bacaan iaitu modul mengenal huruf, modul mengenal suku kata, modul baca
          perkataan dan modul baca ayat mudah. Setiap modul ini, digunakan bersama kit
          belajar sambil bermain iaitu kit mengenal huruf, kit kayu suku kata, kit cantum suku
          kata  menjadi  perkataan  dan  kit  susun  perkataan  menjadi  ayat  mudah.  Bahan
          inovasi  Kit  Aulad  Pintar  (KAP)  ini  dapat  membantu  murid-muridprasekolah
          menguasai  kemahiran  membaca  dalam  tempoh  12  minggu  pembelajaran.  KAP
          bukan  membaca  buku  semata-mata  namun  aktiviti  belajar  sambil  bermain
          diterapkan dalam KAP bagi memastikan murid-murid seronok belajar

          KC33

                           MODEL KIT BAYANG-BAYANG “KBB”

                                   ANITA BINTI HARIS
                                        SK Parit
                              32800 Parit, Perak Darul Ridzuan
                                   titatu71@gmail.com

          Inovasi  penggunaan  Kit  Bayang-Bayang  ‘KBB’  ini  direka  khusus  berdasarkan
          keprihatinan terhadap masalah yang dihadapi oleh murid-murid untuk menguasai
          tajuk Kesan Putaran Bumi. Dalam tajuk ini murid perlu memahami kesan putaran
          bumi akan menyebabkan kedudukan matahari kelihatan seperti berubah-ubah dan
          berlakunya perubahan panjangdan arah bayang-bayang. Terdapat beberapa faktor
          penyebab kepada ketidakberkesanan pengajaran guru sebelum ini.  Perancangan
                                                                         207
   206   207   208   209   210   211   212   213   214   215   216