Page 216 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 216

Awesome effectively helps pupils in achieving learning standard an objectives and
          atthe same time increase their interest and motivation toward learning science.
          Keywords: learning science, innovation in education; learning module

          KC40

                                     QRARNIMALS

                             NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN
                                     SK Seri Mutiara
                         Jalan Tunku Abdul Rahman, 30010, Ipoh, Perak
                                norazlinrusdin@gmail.com

          Penggunaan Augmented Reality (AR) dan Quick Response Code (Kod QR) dalam
          penghasilan bahan pembelajaran tidak asing lagi dalam trend pendidikan abad ke-
          21  dan  revolusi  4.0.  QRARnimals  adalah  inovasi  yang  menggabungkan
          penggunaan AR, kod QR serta bahan pembelajaran yang dihasilkan sendiri oleh
          pengkaji  bagi  mengoptimumkan  penguasaan  murid  dalam  mempelajari  tajuk
          Haiwan bagi mata pelajaran Sains. Kajian kebolehgunaan QRARnimals dijalankan
          keatas 100 orang murid Tahun 2 dan Tahun 3 disebuah sekolah rendah. Sampel
          kajian  telah  menggunakan  QRARnimals  dan  menjawab  soal  selidik  yang
          disediakan.  Dapatan  kajian  menunjukkan  penggunaan  inovasi  QRARnimals
          menjadikan  pembelajaran  amat  menyeronokkan  (M  =  5.00),  paparan  imej
          beranimasi lebih menarik berbanding gambar biasa (M = 5.00), membantu murid
          mengenal  lebih  banyak  haiwan  (M  =  4.97),  memaparkan  ciri-ciri  suatu  haiwan
          dengan lebih jelas (M = 4.95), meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran
          tajuk haiwan (M = 5.00), meningkatkan minat murid terhadap aktiviti melakar (M =
          4.89), membantu murid melakar dan melabel dengan lebih baik (M = 4.76) serta
          meningkatkan  penguasaan  murid  dalam  pembelajaran  tajuk  haiwan  (M  =  4.96).
          Temu bual bersama-sama beberapa orang sampel juga telah dijalankan. Maklum
          balas  sampel  menunjukkan  penggunaan  QRARnimals  amatmenyeronokkan,
          paparan AR mengagumkan, tidak menjemukan serta membantu murid mengenal
          lebih  banyak  haiwan  dengan  ciri-ciri  yang  lebih  jelas.  Penggunaan  QRARnimals
          sangat  bertepatan  dengan  tuntuan  konsep  Pentaksiran  Bilik  Darjah  (PBD)  dan
          pembelajaran abad ke-21 yang mahukan pembelajaran murid berlaku secara aktif,
          efektif  dan  menyeronokkan  melalui  penggunaan  teknologi  terkini.  Penggunaan
          QRARnimals  perludiperluaskan  agar  lebih  ramai  murid  dan  guru  dapat
          memanfaatkannya.
          Kata kunci: Augmented Reality, Quick Response Code, inovasi PdP sains, haiwan

          KC41

                      KOMIK PENYELESAIAN MASALAH MATEMATIK

                             NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN
                                     SK Seri Mutiara
                         Jalan Tunku Abdul Rahman, 30010, Ipoh, Perak
                                norazlinrusdin@gmail.com

          Inovasi ini mengetengahkan soalan penyelesaian matematik berayat dalam bentuk
          jalurkomik. Satu kajian telah dijalankan untuk melihat kesesuaian penggunaan jalur
                                                                         212
   211   212   213   214   215   216   217   218   219   220   221