Page 212 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 212

tindakan difokuskan kepada cara yang mudah, berkesan serta difahami oleh murid.
          Sebuah  model  yang  diberi  nama  Kit  Bayang-Bayang  ‘KBB’  telah  direka  bentuk
          untuk  mengatasi  masalah  ini.  Inovasi  ini  mengaplikasikan  konsep  Pembelajaran
          Abad  Ke-21,  iaitu  pembelajaran  yang  berpusatkan  murid.  Menggunakan  kaedah
          pemerhatian,ujian  pra,ujian  pasca  dan  temubual  untuk  menguji  keberkesanan
          inovasi.  Kajian  ini  telah  dijalankan  ke  atas  10  orang  murid  Tahun  5  yang  tidak
          menguasai  Tahap  Penguasaan  3  dalam  pentaksiran  bilik  darjah  yang  telah
          dilakukan.  Hasil  dapatan  menggunakan  inovasi  ini  di  dalam  kelas,  didapati
          pendekatan alternatif inididapati berkesan meningkatkan penguasaan murid-murid
          dalam topik ini. Selain itu, penggunaan inovasi ini menjadikan suasana pengajaran
          dan  pembelajaran  lebih  aktif,  berfokus  dan  menarik  minat  murid  untuk  belajar.
          Murid-murid juga dapat melibatkandiri secara holistik dalam proses pengajaran dan
          pembelajaran  dan  dapat  mengelakkan  masalah  keciciran  dalam  pembelajaran.
          Hasil temu bual dengan guru dan murid, menunjukkan inovasi ‘KBB’ ini memberi
          impak yang positif kepada murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran
          dan hasilnya guru telah berjaya membantu murid-murid menguasai topik ini dengan
          lebih baik. Inovasi ini dilihat dapat menyediakan alternatif kaedah pengajaran untuk
          membantu guru dan memaksimunkan proses pembelajaran.
          Kata kunci: Sains, Kit Bayang-Bayang,Pembelajaran Abad 21,Inovasi Pdp

          KC34

                                      STRIKE TP6

                                                 2
                                                                          4
                                                             3
                           1
          LILY CHIN MUI KEN , DORA LOI SIEW CHOO , LIM LAI POH , LENA WONG ,
                                    5
                                                  6
                                                                    7
                 NORHAFIZAH TASSA , IMELD FANNY , WONG CHUI FUNG
                                SK ST. Francis Convent (M)
                         P. O. Box 10071, 88801 Kota Kinabalu,Sabah
                                 1 lilycmk2007@yahoo.com

          Strike  TP6  merupakan  satu  modul  pengajaran  dan  pembelajaran  yang  direka
          khusus  untuk  meningkatkan  tahap  penguasaan  (TP)  murid  tahap  2  dalam
          Pentaksiran  Bilik  Darjah  (PBD).  Hal  ini  bertepatan  dengan  situasi  pendemik
          COVID-19, dimana pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)
          menyukarkan  para  guru  merancang  aktiviti  yang  sesuaiuntuk  membantu  murid
          menguasai  tahap  penguasaan  minima.  Dengan  itu,  Modul  ‘StrikeTP6’  telah
          dibangunkan  berdasarkan  model  Kefahaman  Melalui  Rekabentuk  (KmR)  dan
          Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL)  dimana murid berfokus pada penerokaan
          idea  utama  yang  melibatkan  konsep  interdisiplin  daripada  mata  pelajaran  yang
          berlainan.  Objektif  utama  kajian  ini  adalah  untuk  meningkatkan  TP  murid  dalam
          PBD  selain  menerapkan  pembelajaran  bermakna  melalui  elemen  6C.  Tinjauan
          awal adalah melalui pemerhatian, data PBD dan temubual murid. Dapatan tinjauan
          awal menunjukkan ramai murid tidak mencapai TP 5 dan 6dalam PBD, selain itu,
          murid juga kurang berminat menyiapkan projek yang diberikan oleh guru. Sample
          kajian melibatkan 69 orang murid tahap 2 dan tempoh pelaksanaan adalah selama
          2  minggu  mengikut  jadual  PdPR.  Instrumen  yang  digunakan  adalah  PBD  pra
          /pasca,  pemerhatian  dan  maklum  balas  murid.  Dapatan  kajian  menunjukkan
          penggunaan modul ‘Strike TP6’ dapat meningatkan TP murid dalam PBD. Selain
          itu, murid juga lebih berminat menyiapkan projek yang diberikan. Modul ‘Strike TP6’
          memberi  impak  postif  kepada  murid  melalui  penerapan  pembelajaran  yang

                                                                         208
   207   208   209   210   211   212   213   214   215   216   217