Page 214 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 214

Melayu.  Reka  bentuk  kajian  yang  dipilih  adalah  berdasarkan  model  Kurt  Lewin
          (1946). Seramai 2 orang responden telah dipilih dan terlibat dalam kajian ini. Hasil
          daripada  tinjauan  awal  yang  telah  dijalankan,  maka  pengkaji  mendapati  bahawa
          terdapat sebilangan murid tahun 1 mengalami masalah dalam meyebut perkataan
          KV+KV. Atas kesedaran ini, maka pengkaji menjalankan kajian dan berpendapat
          bahawa masalah ini  dapat  diatasi melalui aplikasi penggunaan Ino-B:Suku Kata
          Bahasa  Melayu.  Ino-B:  Suku  Kata  Bahasa  Melayu  merupakan  sebuah  aplikasi
          pintar  yang  menggunakan  teknik  menggabungkan  kaedah  permainan  bahasa
          dengan  kaedah  fonetik  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran  bagi  kemahiran
          menyebut bunyi suku kata perkataan. Instrumen yang digunakan untuk mengukur
          kajian  ini  antaranya  termasuklah  pemerhatian  secara  berstruktur,  soal  selidik,
          rakaman  video,  ujian  diagnostik  dan  ujian  pencapaian.  Dapatan  kajian  ini
          membuktikan  bahawa  aplikasi  penggunaan  aplikasi  Ino-B:  Suku  Kata  Bahasa
          Melayu  berkesan  untuk  mengatasi  masalah  subjek  dalam  menyebut  perkataan
          KV+KV dengan betul, jelas danlancar. Justeru, pengkaji yakin bahawa aplikasi Ino-
          B:  Suku  Kata  Bahasa  Melayu  perlu  diperluas  penggunaannya  dalam  pengajaran
          dan pembelajaran bagi kemahiran menyebut perkataan.
          Kata kunci: Suku Kata, Bahasa Melayu, Ino-B, Tahun 1

          KC37

           INOVASI JABAT: BAHAN BANTU BELAJAR (BBB) BAGI MENINGKATKAN
          KEMAHIRAN MEMBINA AYAT RINGKAS MURID ORANG ASLI SEMAI TAHUN
                                          3

                          MUHAMMAD NUR ASNAWI BIN ROMLY
                                    SK Pos Musoh LZ
                             Peti Surat 51, 35000 Tapah, Perak
                                asnawizone91@gmail.com

          Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan  inovasi
          JABAT iaitu singkatan kepada ‘Jadual Bina Ayat’ sebagai bahan bantu belajar bagi
          meningkatkan kemahiran membina ayat ringkas murid Orang Asli Semai Tahun 3.
          Murid ini masih lemah dalam kemahiran membina ayat ringkas ini  walaupun sudah
          di Tahun 3. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian, borang
          soal selidik,  borang pemerhatian,  skedul temu bual dan catatan jurnal. Kajian ini
          menggunakan  pendekatan  kajian  gabungan  yang  melibatkan  dua  kumpulan  iaitu
          kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan seramai 12 orang murid tahun tiga di SK
          Pos  MusohLZ.  Data  hasil  kajian  telah  dianalisis  dengan  semakan  pada  catatan
          jurnal.  Keputusan  kajian  menunjukkan  keberkesanan  inovasi  dalam  membantu
          proses  pembelajaran  dan  pemudahcaraan  murid.  Inovasi  ini  dapat  membantu
          melonjakkan martabat pendidikan masyarakat Orang Asli Semai ke arus perdana.
          Kata  kunci:  bahan  bantu  belajar,  kemahiran  membina  ayat  ringkas,  Orang  Asli
                    Semai

          KC38

                                    TOUCH SQUARE

                            NUR BADRUL BARIQI BIN IBRAHIM
                                   SK Taman Kepong
                                                                         210
   209   210   211   212   213   214   215   216   217   218   219