Page 219 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 219

guru  di  sekolah  ini  untuk  merekod  Tahap  Pencapaian  (TP)  murid  berdasarkan
          pertimbangan  professional  guru  dalam  penilaian  Pentaksiran  Bilik  Darjah  (PBD).
          PBD telah lama diperkenalkan sejak tahun2011. Setelah UPSR dimansuhkan pada
          tahun  2021,  pereko  dan  PBD  dilihat  semakin  penting  dan  perlukan  sistem  yang
          cepat, mudah dan juga tidak memerlukan banyak kos. Dashboard PBD merupakan
          gabungan  aplikasi  data  studio  dan  google  sheet.  Banyak  pihak  yang  dapat
          menerima manfaat hasil pembinaan Dashboard PBD ini. Guru matapelajaran, guru
          kelas, Ketua Panitia, Penyelaras PBD, para pentadbir dan juga ahli jawatankuasa
          jaminan kualiti PBS sekolah. Semua analisa matapelajaran mengikut kelas, tahun,
          matapelajaran malah mengikut Tahap Penguasaan (TP)  dapat diperolehi dengan
          mudah.  Hasil  daripada  penghasilan  projek  ini  telah  memberi  kelegaan  kepada
          semua guru. Beban tugas guru semakin berkurang dan dapat menjimatkan banyak
          masa.  Semua  data  dapat  diperolehi  dengan  mudah  umpama  “one  stop  center”.
          Penyelaras  PBD  tidak  perlu  lagi  bersusah  payah  untuk  membuat  analisa  PBD
          sekolah untuk diserahkan kepada pihak atasan. Kejayaan projek ini juga memberi
          kesan  jangka  panjang  dalam  dunia  pendidikan  dimana  ia  telah  melahirkan
          sekumpulan  guru  yang  dapat  bersaing  hebat  dalam  bidang  teknologi  maklumat
          walaupun tiada asas dalam bidang tersebut. Projek ini juga berjaya disebarluaskan
          dimana terdapat beberapa buah sekolah di Malaysia yang berminat menghasilkan
          aplikasi  yang  sama  untuk  menambahbaik  proses  perekodan  sekolah  masing-
          masing.  Mereka  telah  mendapatkan  khidmat  bantu  kumpulan  kami  dalam
          melaksanakan  projek  seperti  ini.  Semoga  usaha  kecil  ini  mendapat  impak  besar
          dalam dunia pendidikan di Malaysia.
          Kata kunci: data studio, google sheet, dashboard, analisa matapelajaran

          KC45

                                       E-TASMIK

                              1
                                                            2
           NARIMA ABD WAHAB , BADRUL HISYAM MOHD YUSOF , RAJA FIRDAUS
                                          3
                                                          4
                           RAJA SULAIMAN , EZAHNITA ILIAS
                                     SK Bukit Rimau
               No 11, Persiaran Sg Selangor, Seksyen 32, 40460 Shah Alam, Selangor
                              1 narima.abdwahab@gmail.com

          Kumpulan  e-RIMAU  telah  membina  satu  sistem  yang  dinamakan  e-TASMIK.
          Sistem  ini  memberi  kemudahan  kepada  semua  guru  Pendidikan  Islam  (GPI)  SK
          Bukit Rimau untukmerekod data bacaan mengaji ketika kelas tasmik. Kelas tasmik
          ini  merupakan  modul  khatam  Quran  yang  mana  mensasarkan  murid  khatam  al
          Quran sebelum atau ketika berada di tahun 6. Masalah berlaku apabila guru tidak
          menggunakan kaedah yang seragam untuk merekod bacaan murid. Ada yang catat
          di  dalam  kertas,  buku  catatan,  fail  dan  sebagainya.Guru  perlu  membuat  laporan
          pencapaian  khatam  quran  murid  setiap  bulan  Jun  dan  Oktober.  Kadang  kala
          catatan mengaji murid yang disimpan hilang. Sistem e-Tasmik ini merupakan satu
          kaedah  sistematik  untuk  merekod  data  bacaaan  murid  dengan  menggunakan
          telefon pintar Sistem ini merupakan gabungan aplikasi App sheet dan data studio.
          GPI  menerima  manfaat  hasil  pembinaan  sistem  e-Tasmik  ini.  Beban  tugas  guru
          semakin  berkurang  dan  dapat  menjimatkan  banyak  masa.  Semua  data  dapat
          diperolehi dengan. Penyelaras dapat melihat rekod bacaan setiap kelas dan setiap
          tahun.  Sistem  ini  juga  dapat  menjimatkan  wang  kerana  tidak  perlu  lagi
          menggunakan  kertas,  buku  atau  fail  untuk  merekod  data  bacaan  mengaji  murid.
                                                                         215
   214   215   216   217   218   219   220   221   222   223   224