Page 224 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 224

Proses  pendidikan  perlu  mengikut  keperluan  dan  peredaran  zaman  dalam  arus
          moden  pada  masa  kini.  Guru  perlu  bijak  dan  kreatif  dalam  menjalankan  kaedah
          dalam  PdPc.  Kaedah  chalk  and  talk  sudah  tidak  relevan  lagi  pada  masa  kini
          (Mahasan  Mahmood,  2003).  Justeru,  guru  perlu  kreatif  dan  inovatif  dalam
          mengaplikasikan PdPc di dalam bilik darjah bagi mengatasimasalah pembelajaran.
          Pembangunan inovasi menyediakan resos yang sesuai untuk pelbagaipendekatan
          strategik  pembelajaran.  Penggunaan  EaSy  No  1-20  (1.0)  yang  berkonsepkan
          bermain sambil belajar dapat membantu murid prasekolah mengenal nombor 1-20
          dengan betul. Kaedah yang diubahsuai daripada botol dan penutup botol kepada
          kalendar.  Bahan  ini  adalah  bahan  yang  terbuang.  Easy  bermaksud  mudah  No
          adalah  nombor.  Inovasi  ini  memudahkan  murid  mengenal  nombor  1-20.  Konsep
          bermain sambil  belajar  dapat  menarik  minat  murid  lebihfokus  dan  seronok untuk
          belajar.  Easy  No  1-20  (1.0)  merupakan  bahan  bantu  mengajar  yang  melibatkan
          tunjang Sains dan Teknologi Matematik Awal (MA) untuk mengenal nombor 1-20.
          Terdapat  5  orang  murid  prasekolah  SK  Datuk  Usman  Awang  tidak  mengenal
          nombor  tersebut.  Mereka  tidak  mengenal  nombor  dan  tidak  dapat  menyusun
          nombor 1-20 dengan betul. Mereka juga menulis nombor terbalik. Objektif Easy No
          1-20  (1.0)  ialah  murid  dapat  mengenal  nombor  1  hingga  20  dengan  betul.
          Membilang  nombor  1  hingga  20  dengan  betul.  Menyusun  nombor  1hingga  20
          dengan  betul.  Menulis  nombor  dengan  betul.  Cara  menggunakan  Easy  No  1-20
          (1.0)  ialah  murid  membuka  kertas  warna  petak  pertama  dan  terdapat  susunan
          nombor  1  hingga  20  dengan  menggunakan  kalendar.  Murid  akan  menyebut
          nombor  yang  dilihat.  Latihan  pengukuhan  adalah  menulis  nombor  1-20  pada
          lembaran kerja. Aktiviti pengayaan murid bermain ketinting nombor dan teka saya.
          Selepas menggunakan Easy No 1-20 (1.0) 5 orang murid menguasai100% nombor
          1  hingga  20.  Potensi  untuk  disebar  luas  kepada  Kelas  Prasekolah,  murid  Tahap
          1,Kelas Pendidikan Khas dan Kelas Pemulihan Khas.
          Kata kunci: inovasi, nombor, mengenal, bermain, murid

          KC52

            “EZ-KKA”KETINGTING KARANGAN AUTOBIOGRAFI: KAEDAH MUDAH
                MERANGKADAN MENULIS KARANGAN JENIS AUTOBIOGRAFI

                                 ZUL HAZMI BIN HAMAD
                                  SJK(T) Ladang Repah
                               73000 Tampin, Negeri Sembilan
                                zulhazmihamad@gmail.com

          Kajian ini dijalankan bagi meningkatkan keupayaan dan penguasaan murid dalam
          pembelajaran kemahiran menulis karangan jenis autobiografi dalam mata pelajaran
          Bahasa Melayu dengan menggunakan alat inovasi EZ-KKA. Inovasi ini merupakan
          suatu  kaedah  dan  teknik  pengajarandan  pembelajaran  (PdP)  yang  berasaskan
          kepada  penggabungan  teknik  didik  hibur,  iaitugamifikasi  yang  berkonsepkan
          permainan  tradisional  ketingting  serta  teknik  akronim  bagi  membina  asas  murid
          dalam  kemahiran  menulis  karangan  autobiografi.  Alat  ini  menggunakan  prinsip
          psikomotor dan ditambah nilai kepada aplikasi telefon pintar yang seiring dengan
          konsep pendidikan abad ke-21 dan pembelajaran akses kendiri agar bersesuaian
          dengan  situasi  Pengajaran  dan  Pembelajaran  di  Rumah  (PdPR).  Sampel  kajian
          terdiri daripada 17 orang murid tahun 4 hingga 6. Data dikumpulkan melalui kaedah
          kuantitatif  yang  terdiri  daripada  ujian  pra,ujian  pasca,  analisis  dokumen  dan  soal
                                                                         220
   219   220   221   222   223   224   225   226   227   228   229