Page 225 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 225
selidik. Dapatan analisis ujian telah berjaya menunjukkan peningkatan markah
yang ketara dalam ujian pasca (70.59%, min 17.65) berbanding ujian pra(34.12%,
min 8.53). Analisis rekod Tahap Penguasaan murid dalam Pentaksiran Bilik Darjah
juga mencatatkan peningkatan penguasaan murid manakala soal selidik pula
menunjukkan pengurangan peratus persepsi permasalahan murid iaitu daripada
94.12% kepada 0%.Keputusan ini membuktikan penggunaan alat inovasi EZ-KKA
ini amat signifikan dan berkesan untuk membantu murid dalam menguasai
kemahiran menulis karangan autobiografi dengan mudah serta secara tidak
langsung dapat menjimatkan masa, menjimatkan kos dan meningkatkan
keberkesanan pelaksanaan PdP BM dalam konteks bahasa kedua khasnya diSJK.
Oleh itu, selepas melepasi fasa percubaan apabila diuji keberkesanan prototaip,
EZ-KKAtelah mula digunakan sepenuhnya untuk membantu murid dan guru tidak
kiralah secara PdPbersemuka di bilik darjah mahupun PdPR.
Kata kunci: karangan, autobiografi, didik hibur, aplikasi telefon pintar, Bahasa
Melayu
KC53
PEMBANGUNAN MODUL ‘JOMSGAC’ BAGI TAJUK PECAHAN DALAM
PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PDPR)
MATEMATIK SEKOLAH RENDAH
SARAVANAN A/L MUNUSAMY
SK ST. Anne’s Convent
Persiaran Raja Muda Musa, Taman Mohd Yamin, 42000 Pelabuhan Klang,
Selangor
m.saravanan158@gmail.com
Pandemik Covid-19 yang melanda negara ini telah membawa perubahan dalam
sistem pendidikan negara dimana wujudnya strukur pembelajaran yang baharu
iaitu pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Bahan bantu mengajar (BBM)
digital merupakan tunjang kepada PdPR yang bersifat pembelajaran digital.
Namun, masih terdapat pendidik yang menggunakan BBM yang kurang efektif
sehingga gagal menarik perhatian dan minat murid dalam pelaksanaan PdPR
Matematik. Maka, langkah untuk memperbaiki keadaan ini adalah dengan
membangunkan Modul ‘JOMSGac’ iaitu modul pembelajaran digital untuk subjek
Matematik bagi tajuk pecahan, Tahun 2. Model Reka Bentuk Hannafin Peck
digunakan untuk menghasilkan modul ini dengan pengintegrasian perisian eXe,
Jamboard, Openboard, Mentimeter, Spiral, Wordwall,Quizwhizzer dan Google
Classroom. Elemen-elemen mutimedia seperti teks, animasi, grafik, audio dan
videodi masukkan dalam modul untuk menjadikannya lebih menarik dan mesra
pengguna. Lima Teras bagi Profisiensi Matematik diterapkan melalui cerita
‘Kembara Membeli Hadiah Winnie’ yang berkonsep didik hibur untuk menerangkan
cara penyelesaian masalah. Seramai empat orang guru telah dipilih sebagai
responden untuk kajian rintis. Instrumen soal selidik digunakan untuk mengumpul
data kajian rintis. Keputusan analisis data kajian rintis menjelaskan kualiti
penggunaan modul ini sebagai BBM digital dalam penguasaan kemahiran
membandingkan nilai dua pecahan wajar adalah sangat berkesan. Hal ini
membuktikan bahawa modul ini lebih sesuai dalam pelaksanaan PdPR secara atas
talian mahupun luar talian. Aplikasi modul ‘JOMSGac’ dalam ‘Android’ dan ‘IOS’
membolehkan murid mengakses modul tersebut pada bila-bila masa. Modul ini
221