Page 230 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 230
sesuatu pengajaran yang disampaikan oleh guru di dalam kelas. Paparan nombor,
gambar dan butang yang berwarna pada kad TopTamto mampu menarik minat
murid-murid untuk mempelajari matematik dengan lebih efektif dan berkesan serta
mampu mengaktifkan deria murid seperti deria penglihatan dan deria sentuhan.
Toptamto mudah dikendalikan, mesra pengguna dan dapat menyelesaikan
masalah Operasi Nombor dengan singkat dan tepat. Malah boleh dijadikan alat
rujukan untuk menyemak jawapandengan betul. Kos penghasilan inovasi ini yang
sangat murah, tidak membebankan dan boleh dimiliki oleh semua pengguna.
Sesuai untuk semua peringkat sekolah rendah, pra sekolah dan pemulihan khas.
Selain itu, penghasilan inovasi ini sejajar dengan peningkatan keberkesanan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Matematik Tahun 1 dalam bidang
pembelajaran Nombor dan Operasi. Aplikasi KBAT dalam PdP dapat dipraktikkan
semasa menggunakan inovasi seterusnya akan mewujudkan suasana
pembelajaran abad ke-21.
KC60
EZ-FLIP
1
2
ROZZIANA BINTI MOHAMAD SOM , ROZIAWATY BINTI MOHAD SAYUTY ,
3
4
ZULIZA BINTI ZAKARIA , MOHD AZUAN BIN ABDOLLAH
SK Pos Dipang,
Sahom, 31920 Kampar, Perak
1 msrozziana@gmail.com
Pengajaran berkonsepkan kepada aktiviti konkrit amat penting bagi memudahkan
kefahaman murid memahami sesuatu konsep asas Matematik. Namun demikian,
kekangan dalam menguruskan bahan mengajar yang banyak serta kekangan masa
dalam penyediaan bahan telah menjadikan ianya isu besar bagi melaksanakan
aktiviti ini. Justeru itu, inovasi EZ-Flip dihasilkan bagi menambahbaik bahan bantu
mengajar yang sedia ada agar dapat digunakan secara optimum. Diilhamkan dari
konsep asal Ten-Frame dimana ianya telah diolah menjadi satu papan yang diikat
bersama 10 bulatan leper (berwarna hitam dan putih) yang boleh dipusingkan
berfungsi sebagai bahan pengiraan tanpa perlu menyediakan bahan sampingan
seperti chip, gulidan sebagainya. Inovasi ini digunakan dalam menerangkan
konsep asas mengira dan memperkenalkan operasi asas Matematik iaitu tambah
dan tolak (dalam lingkungan 10) dengan mudah dan pantas. Ia sememangnya
membantu dalam pengurusan bahan pembelajaran didalam kelas terutamanya
pada situasi pengurusan pembelajaran norma baharu dalam pematuhan SOP di
dalam kelas. Responden terdiri daripada 14 orang murid Tahun 1, SK PosDipang,
Kampar yang merupakan murid keturunan Orang Asli yang majoritinya masih
belum menguasai asas pengiraan nombor. Instrumen kajian meliputi pemerhatian,
temu bual dan lembaran kerja yang dilaksanakan sebagai ujian pra dan pasca
ujian. Hasil analisis mendapati ke semua respondan menunjukkan minat dan
peningkatan markah prestasi ujian (PBD). Dapatanjuga membuktikan bahawa
rekreasi matematik ini amat bersesuaian dengan pelaksanaan Kurikulum Program
Intervensi Khas Murid Orang Asli dan Penan (PIKAP). Sememangnya, EZ-Flip
berjaya menjadikan pembelajaran lebih menarik, efektif dan jumlah waktu
pengurusan dan pengendalian bahan bantu mengajar dapat dijimatkan sekaligus
meningkatkan motivasi guru untuk lebih yakin dan kreatif dalam pengajaran.
Kata kunci: Ten-Frame, EZ-Flip, Asas 10, Norma baharu, BBM
226