Page 231 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 231

KC61

                         KIT SIRATAN MAKANAN BERPERANCAH

                                         1
                                                              2
              AHMAD ADNAN MOHD SHUKRI , AMAT KAMAL SA’ARI  , GEETHA
                             3
                                                            4
             RAMACHANDRAN , MUSLIYANA SALMA MOHD RADZI , MOHAMMED
                                                        5
                              YUSMIE MOHAMMED YUSOFF
           1,2 SK Sungai Tiang, Hutan Royal Belum, Peti Surat No. 13, 33300 Gerik, Perak;
           3 SK Sultan Yussuf, Jalan Pusing, 31000 Batu Gajah, Perak;  SK Sungai Salleh,
                                                           4
                                                   5
            Jalan Serdang-Selama, 09800 Serdang, Kedah;  SK Seri Tawai, Jalan Gerik
                               Lenggong, 33300 Gerik, Perak
                              1 adnan91shukri@edidik.edu.my

          Kit Siratan Makanan  Berperancah (Kit SMB) merupakan satu inovasi produk yang
          dibangunkan  dengan  tujuan  untuk  menyediakan  alat  alternatif  yang  boleh
          digunakan oleh murid dengan aras kognitif paling rendah dalam memahami konsep
          dan  membina  siratan  makanan.  Inovasi  ini  merupakan  inovasi  pertama  kalinya
          diketengahkan dalam kalangan murid Orang Asli suku Jahai di SK Sungai Tiang,
          hutan Royal Belum, Gerik, Perak yang merupakan sekolah pedalaman tahap dua.
          Inovasi  ini  mempunyai  beberapa  kebaikan  seperti  berikut;  1)  gambar  haiwan
          berwarna  dan  tapak  habitat  dengan  penggunaan  velcro  dot  transparent;
          membolehkan gambar dilekat-tanggalkan bagi menjamin ketahanan produk untuk
          kegunaan yang lebih lama; 2) kad arahan yang memudahkan murid membaca dan
          mengikutinya kerana terdiri daripada suku kata berwarna; 3) kos pembinaan yang
          murah; 4) kaedah penyimpanan yang lebih efisien; dan 5) sangat ringan. Kit SMB
          telah  dinilai  oleh  6  orang  pakar  dengan  indeks  kesahan  CVI  =  94  yang  baik.
          Ujirintis telah dilaksanakan terhadap murid tahun 5 dan 6 seramai 30 orang dengan
          indeks kebolehpercayaan, α = 89 yang tinggi. Selain itu, kit ini juga telah digunakan
          dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc)  sebenar terhadap murid tahun 5
          dan 6 seramai 34 orang dengan melibatkan penilaian oleh Timbalan Ketua Nazir
          Negeri Perak dan pensyarah sains dari IPG Kampus Ipoh. Menerusi pelaksanaan
          kit,  murid  menunjukkan  peningkatan  dalam  ujian  pra-pos  pengetahuan  saintifik
          yang  telah  ditadbir.  Kesimpulannya,  Kit  Siratan  Makanan  Berperancah  yang
          dibangunkan  berupaya  meningkatkan  pengetahuan  saintifik  murid  secara
          signifikan.

          KC62

                         KIT PEMULIHAN KONSEP SAINS (PeKOS)

                                         1
                                                              2
              AHMAD ADNAN MOHD SHUKRI , AMAT KAMAL SA’ARI  , GEETHA
                                                            4
                             3
             RAMACHANDRAN , MUSLIYANA SALMA MOHD RADZI , MOHAMMED
                                                        5
                              YUSMIE MOHAMMED YUSOFF
           1,2 SK Sungai Tiang, Hutan Royal Belum, Peti Surat No. 13, 33300 Gerik, Perak;
           3                                               4
            SK Sultan Yussuf, Jalan Pusing, 31000 Batu Gajah, Perak;  SK Sungai Salleh,
                                                   5
            Jalan Serdang-Selama, 09800 Serdang, Kedah;  SK Seri Tawai, Jalan Gerik
                               Lenggong, 33300 Gerik, Perak
                              1
                               adnan91shukri@edidik.edu.my

          Kit  Pemulihan  Konsep  Sains  (Kit  PeKOS)  merupakan  satu  inovasi  produk
          yangdibangunkan  dengan  tujuan  untuk  menyediakan  alat  alternatif  yang  boleh
                                                                         227
   226   227   228   229   230   231   232   233   234   235   236