Page 229 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 229

Cahaya adalah topik yang sangat penting dalam Tema Sains Fizikal Tahun 2 dan
          Tahun 4. Namun, murid menghadapi masalah dalam memahami konsep Kejelasan,
          saiz  bayang-bayang  dan  bentuk  bayang-bayang  yang  terhasil.  Murid  juga
          menghadapi masalah untuk memahami dan mengingati saiz bayang-bayang yang
          bergantung  kepada  jarak  objek  dari  sumber  cahaya  dan  jarak  objek  dari  skrin.
          Manakala bentuk bayang-bayang bergantung pada orientasi objek dan kedudukan
          sumber cahaya. Bagi murid tahap 1, iaitu Tahun 2, pemahaman konsep kejelasan
          bayang-bayang yang kukuh, memudahkan mereka untuk mendalami topik bayang-
          bayang  semasa  di  Tahun  5.  Di  samping  itu,  pemasangan  kelengkapan  untuk
          melakukan  ekperimen  mengambil  masa  dan  sukar  dilakukan  di  luar  bilik  sains
          kerana  peralatan  yang  tidak mencukupi.  Melalui  permasalahan  yang  dikenalpasti
          maka terhasil lah SOW-KIT. Inovasi SOW-Kit dihasilkan adalah untuk meningkatan
          pemahaman  murid  tentang  bayang-bayang  yang  terhasil  dalam  pelbagai  saiz,
          bentuk dankejelasan dengan mudah, cepat dan menarik. Metodologi Kajian yang
          digunakan  adalah  melalui  temu  bual  bersama  guru-guru,  murid-murid  dan  hasil
          kerja  murid.  Kajian  soal  selidik  telah  dijalankan  untuk  melihat  pemahaman  dan
          minat  murid  terhadap  tajuk  pembentukan  bayang-bayang.  Murid  menunjukkan
          minat dan seronok menggunakan SOW-Kit dalam proses pembelajaran. Manakala,
          guru  lebih  mudah  untuk  menerangkan  konsep  pembentukan  bayang-bayang
          melalui aktiviti hands on. SOW-Kit juga mudah dibawa ke dalam kelas kerana ianya
          ringan dan saiz yang sesuai untuk kendalikan oleh murid tahap 1dan tahap 2.
          Kata kunci: Kejayaan Hasil dari Usaha

          KC59

                      TOPTAMTO(TANGGA OPERASI TAMBAH TOLAK)

                            NOORASMAHHAYATI BINTI SAMAT
                                   SK Merpati Jepang
                          Jalan Patinggi Ali, 93400, Kuching, Sarawak
                    g-34285591@moe-dl.edu.my, mssimplemind@gmail.com

          Konsep  tambah  dan tolak merupakan kemahiran asas  yang  penting  dalam mata
          pelajaran Matematik dan perlu dikuasai oleh semua murid sejak di sekolah rendah.
          Namun begitu murid sering menghadapi masalah dan tidak memahami bagaimana
          proses penambahan dan penolakan berlaku terutamanya yang melibatkan proses
          pengumpulan  semula  dan  nilai  tempat.  Justeru  itu,  TomTamTo  dihasilkan  untuk
          membantu meningkatkan kemahiran matematik dibawah subtopik operasi nombor
          untuk murid tahun 1. Murid-murid tahun 1 kebanyakannya sukar untuk memahami
          konsep operasi nombor bagi konsep tambah dan tolak. TopTamto terbukti dapat
          meningkatkan pencapaian murid-murid tahun 1 dalam operasi nombor. Responden
          melibatkan  murid  tahun  1  dan  murid  tahun  2  SK  Merpati  Jepang,  Kuching,
          Sarawak. Instrumen kajian meliputi pemerhatian, temu bual, ujian pra dan pasca.
          Hasil  analisis  data  statistik  mendapati  bahawa  hampir  ke  semua  responden
          menunjukkan peningkatan markah yang amat memberansangkan. Ini menunjukkan
          bahawa  penggunaan  TopTamTo  ini  sangat  berkesan  dalam  membantu  murid
          memahami dan menyelesaikan soalan tambah dan tolak dan sekaligus menanam
          minat  serta  keyakinan  murid  dalam  mempelajari  mata  pelajaran  Matematik.
          TomTamto  dihasilkan  dalam  dua  versi  iaitu  versi  asas  dan  versi  kombo.  Versi
          kombo disertakan dengan set permainan dan pendekatan belajar melalui bermain
          ini  mendatangkan  rasa  keseronokan  dan  kepuasan  kepada  murid-murid  dalam
                                                                         225
   224   225   226   227   228   229   230   231   232   233   234