Page 233 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 233

KC64

                                  SUVANG SAKAMI 3.0

                                                                 2
                                          1
             DATU ROSLIN BIN DATU SIABOK ; SALIAH BINTI MASALIN ;  MOHD
                                                                 4
                                  3
           AZIZUAN ABDULLAH, PhD ;  SITI YUSMINAH SRI BINTI YUNUS ;  MAZRIN
                                                          6
                                        5
                           BINTI YUBUNG , MAKRIN BIN SUDI
                           Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu
                          Peti Surat 297, 89108 Kota Marudu, Sabah
                              3
                               azizuanabdullah73@gmail.com

          SUVANG  SAKAMI   Satu  menulis  karangan  yang  sangat  mudah.  Bukan  sahaja
          mudah difaham ioleh murid tetapi mudah disampaikan oleh guru. Salah satu yang
          menjadi  isu  besar  dalam  Bahasa  Melayu  Kertas  2  (Penulisan)  Sekolah  Rendah
          ialah  murid  tidak  boleh  membuat  karangan  bahagian  C.  Oleh  itu,  markah  murid
          secara   keseluruhannya   akan   terjejas.   Teknik   Mengarang   SUVANG
          SAKAMI  adalah khusus untuk mengatasi isu yang dinyatakan di atas iaitu murid
          yang  tidak  mempunyai  idea  untuk  menulis  karangan,  murid  yang  langsung  tidak
          menulis  karangan  dan  murid  yang  hanya  menyalin  soalan.  Inovasi  SUVANG
          SAKAMI  amat  mudah  difahami  oleh  murid  dan  juga  boleh  dikembangkan  oleh
          murid  dari  semasa  ke  semasa  berdasarkan  penguasaan  dan  peningkatan
          kemahiran  murid  dalam  penulisan  karangan.  Selepas  murid  menguasai  konsep
          penulisan ini, murid dibimbing pula untuk menyelitkan penanda wacana pada setiap
          perenggan karangan, dan akhirnya murid boleh menghasilkan penulisan karangan
          yang ada unsur gramatis dan gred akan berganjak daripada E ke D, C, B dan A.

          KC65

                                      PIK ASAKI

                                          1
                                                                 2
             DATU ROSLIN BIN DATU SIABOK ; SALIAH BINTI MASALIN ;  MOHD
                                                                 4
                                  3
           AZIZUAN ABDULLAH, PhD ;  SITI YUSMINAH SRI BINTI YUNUS ;  MAZRIN
                                        5
                                                          6
                           BINTI YUBUNG ; MAKRIN BIN SUDI
                           Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu
                           Peti Surat 297, 89108 Kota Marudu, Sabah
                              3
                               azizuanabdullah73@gmail.com

          Inovasi Teknik PIK ASAKI merupakan ubahsuai daripada PIK ASA idea dan inovasi
          daripada orang lain, idea ini telah diadaptasi dan disesuaikan dengan persekitaran
          dan  araskebolehan  atau  penerimaan  murid  khususnya  kepada  murid  kumpulan
          lemah  dalam  penulisan  membuat  ulasan  bahagian  B  Bahasa  Melayukertas  2
          (Penulisan).  PIK  (urutan  perenggan)   ialah  Akronim  dari  perkataan  P
          (Pendahuluan), I (Isi) dan K (Kesimpulan). ASAKI ialah kata kunci penanda wacana
          untuk digunakan dalam menyambungkan idea bagi perenggan isi.  (Antaranya), S
          (Seterusnya),  A  (Akhirsekali) dan  KI (Kita  (kata  bantu)).  Teknik  PIK  ASAKI  amat
          mudah difahami oleh murid dan juga mudah untuk disampaikan oleh guru, dengan
          menggunakan  templet  yang  disediakan  pastinya,   sangat  membantu  murid-murid
          kumpulan lemah.


                                                                         229
   228   229   230   231   232   233   234   235   236   237   238