Page 228 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 228

peningkatan  peratus  lulus  dari  7.5  %  kepada  80%  dan  peningkatan  peratus
          cemerlang dari 0% kepada 100%.
          Kata kunci: Kit Permainan Jom Cari Saya, Ujian Pra, Ujin Pasca.

          KC57

                                    I ROMATH 2020

                                ADILLAH BINTI MANSOR
                                     SK Seri Ketereh
                             16450 Ketereh, Kota Bahru, Kelantan
                              adillahmansor2018@gmail.com

          I ROMATH 2020 merupakan sebuah robot interaktif dan efektif yang dicipta untuk
          menjadi bahan bantu mengajar yang dapat menarik minat murid prasekolah yang
          sukar untuk  memahami subjek matematik awal prasekolah. Robot ini merupakan
          satu  inovasi  yang  interaktif  bercirikan  konsep  visual  dinamik  dengan
          menggabungkan  kepelbagaian  teori,  teknik,  pendekatan  dan  kaedah  dalam
          pengajaran. Objektif utama robot ini dicipta adalah untuk membantu meningkatkan
          kemahiran  Matematik  Awal  murid  prasekolah  berfokuskan  kepada  penguasaan
          konsep tambahdan tolak. I ROMATH 2020 dicipta untuk menjadikan pembelajaran
          dan pengajaran di dalam kelas menarik dan menyeronokkan. Kebolehgunaan robot
          ini  adalah  sangat  mesra  pengguna  dan  selamat  untuk  murid  menggunakannya,
          ringan  dan  mudah  untuk  dibawa  ke  mana-mana  serta  keberkesanan  kos  yang
          rendah.  Hasil  dapatan  kajian  mendapati  bahawa  pencapaian  murid-murid
          prasekolah  meningkat  dengan  ketara  terutamanya  dalam  operasi  nombor
          berfokuskan konsep tambah dan tolak. Robot ini juga, mampu menarik minat murid
          untuk hadir setiap hari ke sekolah tanpa gagal. Konsep pendekatan belajar sambil
          bermain  dalam  suasana  yang  bebas,  selamat  dan  berpusatkan  murid  dapat
          menarik  minat  mereka  untuk  belajar  matematik  dengan  bermakna  dan  gembira.
          Robot  ini  juga  telah  membantu  murid  prasekolah  memahami  Matematik  Awal
          prasekolah  dengan  cepat  berbanding  dengan  cara  dan  penggunaan  alat  bantu
          mengajar  yangbiasa  digunakan  di  dalam  kelas  seperti  batu,  guli,  batang  aiskrim
          dan  lain-lain.  Dengan  ini,  penjimatan  waktu  dan  hari  dapat  ditingkatkan  dengan
          lebih  baik.  Konsep  pendekatan  visualdinamik  yang  dipaparkan  oleh  robot  ini
          merupakan  teknik  pembelajaran  yang  mampumengaktifkan  dan  melibatkan
          kesemua  deria  murid.  I  ROMATH  2020  juga  boleh  disebarluaskan  untuk  murid-
          murid  lain  seperti  murid  berkeperluan  khas  (MBK),  murid  pemulihan,  murid  pra
          sekolah KPM dan tadika swasta serta murid tahap 1 iaitu tahun 1 hingga 3.m
          Kata  kunci:  Matematik,  prasekolah,  inovasi,  belajar  melalui  bermain,  operasi
                     tambah dan tolak

          KC58

                         SOW-KIT (SHADOWS ON THE WALL-KIT)

                                                                  2
                                           1
                   SARIMAH BINTI ABDULLAH , AZIANI BINTI MOHAMAD
                                      SK Sentosa
                          Taman Bandar Baru, 31900 Kampar, Perak
                   1                          2
                    Sarimahabdullah74@gmail.com,  Chuain2724@gmail.com

                                                                         224
   223   224   225   226   227   228   229   230   231   232   233