Page 223 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 223

KC50

                                  SMART WHEELBOX

                                       1
                                                         2
          MOHAMMAD ARIF BIN AB SAMAT , ALIAS BIN BAKAR , NOORHAYATI BINTI
                                                                         5
                  3
                                              4
            ISMAIL , NURUL NATRAH BINTI AZIZAN , NURAZLAN SHAH BIN RAMLI ,
                                               6
            FARAH WAHIDA BINTI MOHAMAD ZAHIR , NUR FARAH ANIS BINTI MAT
                                             7
                                        RAWI
                                    SK Kurong Hitam
                       06300 Kuala Nerang, 06300 Kuala Nerang, Kedah
                                   1
                                   arifskkh@gmail.com

          Murid-murid  Program  Pendidikan  Khas  Integrasi  (PPKI)  SK  Kurong  Hitam
          menunjukkan  tahap  pencapaian  yang  kurang  memberangsangkan  di  dalam
          menguasai  kemahiran  membaca  dan  menulis  suku  kata.  Hasil  pemerhatian
          menunjukkan bahawa mereka kurang bersemangat dan mudah lupa perkara yang
          diajar.  Oleh  itu  guru  perlu  membuat  satu  kaedah  dan  intervensi  bagi  membantu
          murid-murid ini. Kaedah yang dihasilkan adalah selaras dengan konsep pendidikan
          bagi  murid  berkeperluan  khas  (MBK)  iaitu  belajar  sambil  bermain.  Bagi  MBK
          bermain  adalah  dunia  mereka  dan  ini  perlu  diterapkan  didalam  aktiviti
          pembelajaran  dan  pengajaran  mereka.  Dengan  ini  tercetus  idea  untuk
          menghasilkan satu inovasi yang diberi nama  Smart Wheelbox dimana objektifnya
          adalah  untuk  membantu  MBK  belajar  mengeja,  membaca  suku  kata  ,  membina
          ayat  dan  membuat  latihan  secara  interaktif  dengan  menggunakan  konsep  didik
          hibur.  Dengan  menggunakan  inovasi  ini  MBK  lebih  berminat  untuk  belajar  dan
          proses  pembelajaran  menjadi  lebih  mudah.  Penggunaan  bahan  yang  berwarna-
          warni , mudah digunakan serta menarik minat murid menjadikan pembelajaran di
          dalam kelas  lebih  menyeronokkan sejajar  dengan  konsep pembelajaran  abad  ke
          21.  Mengikut  teori  pembelajaran  kognitif  dan  konstruktif,  guru  perlu  bersedia
          dengan  bahan  bahan  yang  dapat  merangsang  minda  dan  minat  murid  dan
          senantiasa diubahsuai mengikut aktiviti yang dijalankan. Guru juga adalah sebagai
          pemudah  cara  dan  sentiasa  menbantu  murid  dalam  aktiviti  pembelajarannya.
          Kaedah  pembelajaran  secarak  operatif  dan  kolaboratif  sangat  efektif  untuk
          digunakan  didalam  pengajaran  dan  pembelajaran  terutama  melibatkan  murid
          berkeperluan  khas.  Inovasi  Smart  Wheelbox  ini  juga  berpotensi  untuk
          dikomersialkan sebagai bahan bantu mengajar dan usaha kearah itu telah bermula
          secara  berperingkat  dimana  ia  adalah  permulaan  awal  untuk  menyebar  luas
          kepada sekolah dan institusi Pendidikan yang lain.
          Kata  kunci:  Pembelajaran  Abad  ke-21,pendidikan  khas,  kemahiran  membaca,
                    konstruktif

          KC51

                                   EASY NO 1-20 (1.0)

                                  1
                                                               2
            UMI KALSUM BINTI SAMSI , NABILAH BINTI ZAINAL ABIDIN , MUHAMAD
                                                   3
                                  HAFIZ BIN HASHIM
           1,2                                                      3
             SK Datuk Usman Awang, Jalan Kota Kecil, 81900 Kota Tinggi, Johor;  SK Seri
                     Saujana, Taman Sri Saujana, 81900 Kota Tinggi, Johor
                              1
                              ummiekalsumsamsi@gmail.com

                                                                         219
   218   219   220   221   222   223   224   225   226   227   228