Page 227 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 227
palang dengan mudah. Salah satu isu utama yang dihadapi murid sekolah rendah
apabila menjawab soalan sains kertas 2 (Subjektif) ialah murid tidak dapat
mengenalpasti pembolehubah yang merupakan salah satu komponen penting
dalam Kemahiran Proses Sains. Kelemahan ini akan mempengaruhi perolehan
markah murid dalam pepriksaan. Kaedah 2 JaTaKi adalah khusus untuk mengatasi
isu yang dinyatakan di atas dimana murid sukar memahami penjelasan cara
mengenalpasti dan menjawab soalan Kemahiran Proses Sains khususnya
mengawal pembolehubah yang dinyatakan dalam buku teks dan sumber-sumber
rujukan lain. Kaedah ini mudah dan praktikal digunakan kerana dengan hanya
menggunakan anggota badan murid dan diberikan bergerak balas (PB) serta
menulis jawapan pada ruang yang disediakan dengan betul. Sebagai nilai tambah
kepada peolehan markah murid menggunakan kaedah ini, murid akan dibimbing
lebih lanjut untuk mengenalpasti pembolehubah kaedah penggunaan yang betul,
murid akan dapat mengenalpasti pembolehubah dimanipulasi (PM) dan
pembolehubah dimalarkan serta menjawab soalan-soalan lain yang berkaitan
pembolehubah seperti membuat hipotesis dan mentafsir data agar impak
perolehan markah murid akan lebih maksimum dan cemerlang.
KC56
KEBERKESANAN “KIT PERMAINAN JOM CARI SAYA” UNTUK
MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID DALAM MEMBACA DAN MEMAHAMI
PERKATAAN KV KV BAGI MURID PEMULIHAN
PRIYA A/P RAJENDRAN
SJK(T) Labis
Jalan Sekolah, 85300, Labis, Johor
priyarajendrans1589@yahoo.com
“Kit Permainan Jom Cari Saya”merupakan sebuah Kit Permainan yang boleh
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran pemulihan5 KVKV. Kit
ini mengandungi papan permainan, kad bulat bergambar, kad perkataan, kad
gambar, white board, marker, peraturan-peraturan permainan dan reward book. “Kit
PermainanJom Cari Saya” dihasilkan untuk meningkatkan penguasaan murid
dalam kemahiran membaca dan memahami sera menulis perkataan KVKV. Kit ini
juga digunakan untuk melatih murid mengingati perkataan KVKV yang telah diajar
oleh guru. Selain itu, kit ini juga dapat menarik minat murid dalam pengajaran dan
pembelajaran. Murid akan menumpukan perhatian yang lebih mendalam dalam
pengajaran dan pembelajaran kerana Kit permainan ini mempunyai elemen didik
hibur. Satu kajian dijalankan ke atas 4 murid pemulihan SJKT Labis untuk mengaji
keberkesanaan Kit Permainan Jom Cari Saya ini. Sebelum inovasi ini diaplikasikan
murid-murid yang terlibat dalam kajian ini telah mengikuti pembelajaran tanpa
menggunakan Kit Permainan Jom Cari Saya dan diberikan ujian PRA. Selepas itu,
pengajaran dan pembelajaran Kemahiran 5 iaitu Perktaan KVKV dijalankan.
Seterusnya mereka diberi ujian Pasca. Keputusan Skor ujian Pra dan ujian Pasca
digunakan untuk menentukan tahap penguasaan murid dalam kemahiran 5 iaitu
perkataan KVKV sebelum dan selepas Kit permainan Jom Cari Saya
digunakan.Prestasi (skor) murid dalam ujian PRA dan ujian PASCA dianalisis
dalam bentuk peratus (gred) dan min. Dapatan menunjukkan prestasi (skor) murid
meningkat selepas menggunakan Kit Permainan ini. Ia ditunjukkan dengan
223