Page 232 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 232

digunakan oleh murid dengan aras kognitif paling rendah dalam memahami konsep
          sains  berdasarkan  tajuk-tajuk  dalam  Dokumen  Standard  Kurikulum  dan
          Pentaksiran (DSKP) Sains tahun 3 hingga tahun 5. Inovasi ini merupakan inovasi
          pertamakalinya diketengahkan dalam kalangan murid Orang Asli suku Jahai di SK
          SungaiTiang,  hutan  Royal  Belum,  Gerik,  Perak  yang  merupakan  sekolah
          pedalaman tahap dua. Inovasi ini mempunyai beberapa kebaikan seperti berikut; 1)
          kad  perkataan  dengan  suku  kata  berwarna  dan  tapak  pengetahuan  berwarna
          dengan penggunaan velcro dot transparent; membolehkan kedua-duanya dilekat-
          tanggalkan bagi menjamin ketahanan produk untuk kegunaan yang lebih lama; 2)
          kos pembinaan yang murah; 3) kaedah penyimpanan yang lebih efisien; 4) boleh
          digunakan untuk tujuan pentaksiran bilik darjah; dan 5) boleh digunakan oleh guru
          ganti ketika guru sains tidak dapat hadir ke sekolah.  Kit PeKOS telah digunakan
          dalam  pengajaran  dan  pemudahcaraan  di  rumah  (PdPR)  semasa  Perintah
          Kawalan Pergerakan dalam suasana pandemik COVID-19. Menerusi pelaksanaan
          kit, murid menunjukkanpeningkatan dalam ujian pra-pos pengetahuan saintifik yang
          telah  ditadbir.  Kesimpulannya,  Kit  PeKOS  yang  dibangunkan  berupaya
          meningkatkan pengetahuan saintifik murid secara signifikan.

          KC63

                                         PirSir

                                                                    2
                                        1
           DATU ROSLIN BIN DATU SIABOK ; MD NOR FADZLI BIN MD ZAKI ; MOHD
                                                      3
                               AZIZUAN ABDULLAH, PhD
                           Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu
                          Peti Surat 297, 89108 Kota Marudu, Sabah
                              3
                               azizuanabdullah73@gmail.com

          PirSir  merupakan  kaedah  memperkenalkan  murid  mengenai  konsep  asas  sifir
          menggunakan  bentuk  piramid.  Masalah  utama  yang  dihadapi  oleh  murid  ialah
          sukar  menjawab  soalan  darab  mudah  hanya  melalui  hafalan  jika  mereka  tidak
          memahami  konsep  mendapatkan  hasil  jawapan  darab  tersebut.  Kelemahan  ini
          akan  mempengaruhi  murid  untuk  menjawab  soalan  peperiksaan  serta  sukar
          menguasai  topik-topik  lain  yang  melibatkan  darab  seperti  pecahan,  perpuluhan,
          peratusan, wang  dan sabagainya. Kaedah PirSir diperkenalkan untuk mengatasi
          masalah  tersebut  melalui  langkah  pengiraan  bagi  mendapatkan  jawapan  hasil
          darab mudah. Sasaran utama Kaedah PirSir ialah murid-murid tahap1 khususnya
          murid-murid  Pemulihan  Khas.  Melalui  kaedah  ini,  murid  akan  dibimbing
          menggunakan  konsep  tambah  berulang  untuk  mendapatkan  jawapan  darab
          mudah.  Konsep  tambah  berulang  akan  ditunjukkan  melalui  kaedah  murid  akan
          melukis  objek  dan  menulis  nombor  di  dalam  pyramid  untuk  mendapatkan
          hasildarab tersebut. Murid akan dibimbingmenggunakan nombor kecil dari puncak
          pyramid  sehingga  nombor  yang  besar  ketapak  piramid.  Nilai  tambah  kaedah  ini
          ialah murid juga akan mendapat latihan pengukuhan konsep turutan nombor.







                                                                         228
   227   228   229   230   231   232   233   234   235   236   237