Page 234 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 234

Kategori D: Pelajar Sekolah Menengah

          KD01

                                   CATUR INDEKS 1.0

             PUTERI NUR ARYANA BINTI AZMAN, ANGELICA ENCYE PUNGGING,
                                 MAXMARRIO MAXLEV
                                     SMK Langkon
            Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu, Peti Surat 297, 89108 Kota Marudu,
                                        Sabah
                              azizuanabdullah73@gmail.com

          Catur indeks ialah inovasi gamifikasi yang menggunakan konsep permainan papan
          catur untuk mengajar hukum-hukum asas indeks khususnya kepada para pelajar.
          Idea  inovasi  adalah  cetusan  minda  kami  sendiri.  Hukum  indeks  sememangnya
          boleh  diumpamakan  sebagai  hal-hal  kecil  sahaja.  Namun  begitu,  para  pelajar
          sering  alpa  bahawa  setiap  kesalahan  kecil  ini  boleh  menjadi  isu  yang  besar
          semasa menjawab soalan. Kami begitu optimis bahawa dengan memperbaiki asas
          operasi, para pelajar akan lebih mudah untuk menjawab soalan berkaitan hukum
          indeks.  Catur  indeks  ini  tidak  tertumpu  sepenuhnya  kepada  pelajar  yang  lemah,
          bahkan kepada mereka yang teringin untuk menguasai serta memahami hukum-
          hukum indeks dengan lebih lanjut.

          KD02

                                      MUDBLOOD

            AMIRAH SAFIYYAH ASHMAD, KHALEEDA MOHAMAD HAFIZ,  HANNAH
          MAISARAH MOHAMED BADRULNIZAM, DAYANG SYIFA’ ABANG MOHAMAD
                                        SUBIHI
                 Sekolah Seri Puteri, Persiaran Tasik, 63000 Cyberjaya, Selangor
                              norlizawatybaharin@gmail.com

          ‘MUDBLOOD’  merupakan  inovasi  yang  menumpukan  kepada  aktiviti  ‘hands-on’
          dan  pembinaan  model  untuk  membantu  murid  memahami  topik  kumpulan  darah
          manusia (Topik Sains Tingkatan 3, Bab 3). Bahan ini terdiri daripada model empat
          kumpulan  darah  bersama  antigen  dan  antibodi  3  dimensi  dan  rajah  penderma-
          penerima darah. Fokus inovasi ini ialah kepada pembelajaran sains menggunakan
          ‘MUDBLOOD’  untuk  meningkatkan  kefahaman  murid  terhadap  konsep  antigen,
          antibodi,  dan  kesesuaian  kumpulan  darah  untuk  pendermaan  dan  penerimaan
          darah.  Model  ini  dibuat  menggunakan  bahan-bahan  ringkas  seperti  kad  manila,
          kertas  warna  serta  tanah  liat/playdoh  dan  tidak  memerlukan  kos  yang  besar.
          Kaedah  ‘MUDBLOOD’  telah  berjaya  meningkatkan  penguasaan  topik  kumpulan
          darah manusia dalam kalangan murid serta menjadikan pembelajaran lebih aktif.
          Penambahbaikan  juga  telah  dibuat  dengan  menghasilkan  video  animasi
          ‘MUDBLOOD’ bagi menjadikan proses pembelajaran lebih menarik.




                                                                         230
   229   230   231   232   233   234   235   236   237   238   239