Page 209 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 209

KC29

              ‘WHEEL OF COLOURS’ MENINGKATKAN KEMAHIRAN ASAS MURID
            MEMBINA AYAT MUDAHMELALUI PEMBELAJARAN GRAMMAR DALAM
                                  BAHASA INGGERIS

                                                   1
            SITI ROHAIZALINA BINTI MOHD JALALUDDIN , SITI AISYAH BINTI MOHD
                 2
                                                        3
          RAZALI , NURUL HUSNA BINTI MOHD KHAIRUL AMIR , AHMAD AMIR ZAHIN
                                                       4
                              BIN MOHD SHAIPULKHAHAR
                                     SK Bukit Wan
                              21060 Kuala Nerus, Terengganu.
                               1 zalinadean5260@gmail.com

          Bahasa  Inggeris  merupakan  bahasa  perantaraan  di  seluruh  dunia  dan  bahasa
          kedua dikebanyakan negara. Kesedaran terhadap pentingnya penguasaan bahasa
          Inggeris  dalam  kalangan  murid,  maka  kajian  tindakan  ini  adalah  bertujuan  untuk
          memantapkan  lagi  penguasaan  asas  grammar.  Kebanyakan  murid  kurang  jelas
          terhadap penulisan ayat mudah bahasa Inggeris dengan betul.  Wheel of Colours
          diperkenalkan  dalam  asas  grammar  Verb  to  Be  dan  secara  tidak  langsung
          melibatkan  penggunaan  Adjectives  berdasarkan  Sukatan  Pelajaran  Tahun  5.
          Wheel of Colours membantu murid menyelesaikan masalah asas grammar dengan
          menggunakan  teknik  pusingan  roda.  Wheel  of  Colours  dibahagikan  kepada  dua
          iaitu Verb to Be (singular) dan Verb to Be (plural). Kajian ini melibatkan sebanyak
          18  orang  murid  dari  SK  Bukit    Wan,  Kuala  Nerus,  Terengganu.  Kajian  ini
          menggunakan  kaedah  kuantitatif  dan  data  tersebut  diperoleh  daripada  markah
          murid berdasarkan kepada ujian pra dan pasca. Hasil dari analisis tinjauan awal
          menunjukkan  hanya  4  orang  (22%)  memahami  pembinaan  ayat  mudah  dengan
          cepat  manakala  14  orang  (78%)  kurang  memahami  pembinaan  ayat  mudah
          dengan  cepat.  Selepas  diperkenalkan  Wheel  of  Colours,  dapatan  kajian
          menunjukkan  terdapat  peningkatan  pencapaian  murid  16  orang  (89%)  dapat
          memahami  pembinaan  ayat  mudah  dengan  cepat  dan  2  orang  (11%)  kurang
          memahami pembinaan ayat mudah. Secara keseluruhan, murid dapat menguasai
          pembelajaran grammar dengan lebih baik selepas penggunaan Wheel of Colours.
          Wheel  of  Colours  berpotensi  dalam  menarik  minat  pelajar  selain  meningkatkan
          pencapaian dalam bahasa Inggeris.
          Kata  kunci:  wheel  of  colours,  verb  to  be,  grammar,  pengajaran  dan
                      pemudahcaraan (PdPc)

          KC30

                                    GARISAN HATI

                            NURAIN NAQUIAH BINTI RUSLAN
                                    SK Lotong Kudat
                             Peti Surat 319, 89057 Kudat, Sabah
                               sayang_quiah@yahoo.com.my

          Kaedah  tulang  ikan  sering  digunakan  dalam  menyelesaikan  masalah  matematik.
          Garisan Hati telah dibangunkan bagi menggantikan kaedah tulang ikan bertujuan
          membantu murid sekolah rendah untuk menyelesaikan operasi tambah dan tolak.
          Berdasarkan pemerhatian penyelidik, murid sekolah rendah khususnya yang tidak
                                                                         205
   204   205   206   207   208   209   210   211   212   213   214