Page 213 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 213

mendalam dan bermakna.  Diharap modul ini dapat  memberi sumbangan kepada
          dunia pendidikan sebagai salah satu modul rujukan PBD bagisekolah rendah.
          Kata kunci: Modul ‘Strike TP6’, PBD, KmR-PBL, pembelajaran bermakna

          KC35

          INOVASI KIT PEMBELAJARAN ‘JHBB’: KIT BAHAN BANTU BELAJAR (BBB)
          YANG DIGUNAKAN SEBAGAI PENDEDAHAN PEMBELAJARAN TRILINGUAL

                                               1
             MUHAMMAD NUR ASNAWI BIN ROMLY , MOHD ASMADI BIN ZAINAL
                           2
                                                                 3
                    ABIDIN , NUR SYAZANA BINTI MOHAMMAD NAZER
                                                3
                   1,2 SK Pos Musoh LZ, Tapah, Perak;  SK Satu, Tapah, Perak
                                1
                                 asnawizone91@gmail.com

          Projek inovasi ini berkaitan inovasi Kit Pembelajaran ‘JHBB’ iaitu singkatan kepada
          ‘Juk Hi  Blajar Bahasa’ atau ‘Jom Kita Belajar Bahasa’. Objektif projek  inovasi ini
          ialah  sebagai  bahan  bantu  belajar  bagi  memberi  pendedahan  pembelajaran
          trilingual  kepada  murid  Orang  Asli  Semai  Tahun1.  Masalah  yang  dihadapi  oleh
          pengkaji  sehingga  mendorong  inovasi  dilaksanakan  ialah  tiadanya  bahan  bagi
          menyokong proses pembelajaran murid Orang Asli Semai terhadap bahasa Semai,
          bahasa  Melayu  dan  bahasa  Inggeris  secara  serentak.  Asasnya  mudah  iaitu
          penggunaan bahasa Semai sebagai bahasa utama masyarakat Orang Asli Semai
          untuk mendedahkan murid kepada pembelajaran bahasa asing bagi mereka iaitu
          bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.Terdapat bukti yang nyata bahawa inovasi ini
          mempunyai  tahap  signifikan  yang  tinggi  dan  dapat  memberi  faedah  yang  jelas
          kepada  peningkatan  kualiti  atau  keberkesanan  pengajaran  dan  pembelajaran.
          Inovasi  ini  dapat  menyumbang  kepada  cara  bekerja  yang  lebih  cekap,  cepat,
          tepatdan  mudah  atau  memperjelaskan  suatu  konsep  dalam  pengajaran  dan
          pembelajaran.  Kajian juga mendapati  inovasi  ini dapat meningkatkan  produktiviti,
          mempermudahkan  atau  memperjelaskan  suatu  konsep  dalam  pengajaran  dan
          pembelajaran  dengan  kos  yang  sama  atau  lebih  rendah.  Dapatan  kajian  turut
          membuktikan  inovasi  ini  telah  berjaya  dilaksanakan  secara  percubaan  dan
          mencapai  matlamat  penciptaannya.  Projek  inovasi  ini  mempunyai  potensi  yang
          besar  untuk  disebar  luaskan  bukan  sahaja  kepada  guru  di  sekolah  yang  sama
          malah  kepada  pihak  yang  lain  juga.  Inovasi  ini  juga  boleh  dikomersialkan  oleh
          pihak  lain  ke  dalam  bentuk  buku  bercetak  yang  lebih  berkualiti  dari  segi
          pencetakannya.  Inovasi  ini  dapat  melonjakkan  martabat  pendidikan  masyarakat
          Orang Asli Semai ke arus perdana.
          Kata kunci: kit bahan bantu belajar, pembelajaran trilingual, Orang Asli Semai

          KC36

                                   INO-B: SUKU KATA

                                    GOH KOK MING
                                   SJK(C) Chi Sheng 2
                               34140, Rantau Panjang, Perak
                                Kokming888@pgsm.edu.my

          Kajian  ini  dijalankan  bertujuan  untuk  mengatasi  masalah  murid  dalam  menyebut
          perkataan  KV+KVK  dengan  menggunakan  aplikasi  Ino-B:  Suku  Kata  Bahasa
                                                                         209
   208   209   210   211   212   213   214   215   216   217   218