Page 210 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 210

menguasai  kemahiran  asas  mengira  tambah  dan  tolak,  sukar  menyelesaikan
          masalah  matematik  dengan  cepat.  Oleh  yang  demikian,  Garisan  Hati  dirangka
          untuk  mempermudahkan  murid  menguasai  matematik  tambah  dan  tolak  guru
          dengan menggunakan satu kaedah sahaja. Penggunaan garisan bagi perwakilan
          tempat  menulis  jawapan  serta  perbezaan  nilai  ‘sa’  ‘puluh’  turut  membantu
          mempermudahkan  murid  menyelesaikan  operasi  tambah  dan  tolak  dalam
          lingkungan nombor 0-99. Hasil maklum balas positif guru-guru pada perkongsian
          Garisan Hati atas talian memperlihatkan bahawa inovasi ini dapat membantu guru
          mengajar operasi tambah dan tolak kepada murid-murid sekolah rendah. Terdapat
          bukti  yang  nyata  bahawa  Garisan  Hati  dapat  menyumbang  kepada  cara
          menyelesaikan  operasi  tambah  dan  tolak  dengan  lebih  mudah  berdasarkan
          instrumen analisis tugasan murid, ujian prapasca dan soal selidik yang digunakan
          di  dalam kajian  ini.  Berdasarkan  kajian  penyelidik, hasil  kerja  murid  lebih  kemas
          apabila  menggunakan  Garisan  Hati  dan  markah  pencapaian  murid  juga  berjaya
          ditingkatkan.  Perkongsian  atas  talian  dan  media  sosial  serta  penggunaan
          sepanjang Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sepanjang pandemik
          COVID19,  menjadikan  pembangunan  reka  bentuk  Garisan Hati  dapat  membantu
          guru  dan  murid  menangani  masalah  menyelesaikan  operasi  tambah  dan
          tolakdalam mata pelajaran Matematik.
          Kata kunci: Garisan Hati, tolak dan tambah, murid sekolah rendah

          KC31

           KOD DIGIT MUZIK : MEMUDAHKAN MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
          PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PEMBELAJARAN) MEMAINKAN
                                     ALAT MUZIK

                                        1
                                                                     2
               MOHD HADI BIN MOHD NOR , AIMAN SABARYNI BINTI YAHYA ,
                                                        3
                              MURNIZAWATI BINTI JAHAYA
          1                                 2,3
           SK Jeram, 78300 Masjid Tanah, Melaka;  SK Kuala Linggi, 78200 Kuala Sungai
                                      Baru, Melaka
                                  1 hadiskkll@gmail.com

          Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memudahkan kefahaman MBK PPKI SK Kuala
          Linggi dalam memahami nota lagu yang akan mereka mainkan menggunakan alat
          muzik  Angklung  dan  Caklempong.  Seramai  18  orang  responden  terlibat  dalam
          kajian ini yang terdiri daripada 11orang murid lelaki dan 7 orang murid perempuan
          yang  mempunyai  pelbagai  kategori  masalah  pembelajaran.  Tinjauan  awal  yang
          dibuat  mendapati  murid-murid  ini  amat  sukar  untuk  memahami  nota  lagu  yang
          mengakibatkan  mereka  sukar  untuk  memainkan  alat  muzik  Angklung  dan
          Caklempong  dengan  baik.  Ini  mendorong  kepada  kajian  ini  dibuat  bagi
          menyelesaikan  permasalahan  yang  timbul.  Dalam  kajian  ini,  pengkaji  telah
          menggunakan  Teknik  Kod  DIGIT  Muzik.  Perkataan  DIGIT  merujuk  kepada
          sebarang nombor daripada 0 hingga 9. Dalam teknik ini, nota lagu dalam bentuk
          abjad “C,D,E,F,G,A,B dan C” ditukarkan kepada sistem nombor “1,2,3,4,5,6,7 dan
          8” bagi memudahkan kefahaman murid. Dapatan daripada kajian ini menunjukkan
          Murid-murid  Berkeperluan  Khas  yang  terlibat  lebih  mudah  memahami  serta
          mengikuti arahan guru dalam memainkan alat muzik Angklung dan Caklempong.
          Ini  membolehkan  masa  untuk  mereka  menguasai  sesuatu  lagu  yang  dimainkan
          menjadi  lebih  singkat.  Selain  itu,  ada  di  kalangan  murid  ini  yang  berkeupayaan
          untuk  menjadi  konduktor  kepada  rakan-rakan  mereka  dalam  memainkan  alatan
                                                                         206
   205   206   207   208   209   210   211   212   213   214   215