Page 205 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 205
mata, murid dapat belajar sambil bermain secara digital interaktif bahkan dapat
dijadikan sebagai aktiviti pengayaan selepas pembelajaran. Sekaligus tahap
penguasaan murid dalam tajuk Fasa Bulan boleh ditaksir. Pengintegrasian aplikasi
Wordwall bersama Roda Fasa Bulan ini mampu meningkatkan penguasaan murid
dengan lebih baik. Secara tidak langsung, R-FB dapat membantu para guru
mewujudkan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang menarik dan berkesan.
Kata kunci: R-FB, Sains Tahun 5, grafik menarik, menyeronokkan, kos rendah
KC23
DADU BIMATE (APA): MENINGKATKAN PENGUASAAN KONSEP DAN FAKTA
ASAS MATEMATIK
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN
SK Seri Mutiara
Jalan Tunku Abdul Rahman, 30010 Ipoh, Perak
norazlinrusdin@gmail.com
Penguasaan konsep dan fakta asas bagi operasi penambahan, penolakan,
pendaraban dan pembahagian dalam kalangan murid adalah penting. Penguasaan
keempat-empat operasi asas dengan baik membolehkan murid memahami ayat
matematik dengan lebih mendalam dan menjadikan mereka penyelesai masalah
yang bagus. Dadu BiMate (APA) merupakan inovasi permainan papan yang
dihasilkan untuk membantu meningkatkan tahap penguasaan dan minat murid
terhadap pembelajaran fakta asas matematik. Kajian keberkesanan inovasi ini telah
dijalankan melibatkan 80 orang murid Tahun Tiga. Dapatan ujian pos menunjukkan
peningkatan pada tahap penguasaan murid bagi keempat-empat operasi asas.
Sementara itu, hasil soal selidik pula mendapati para responden bersetuju bahawa
inovasi ini telah meningkatkan minat dan motivasi mereka dalam pembelajaran
operasi asas. Berdasarkan keberkesanan inovasi ini, disarankan agar
penggunaannya dapat diperluaskan ke lebih banyak sekolah diseluruh Malaysia.
KC24
‘UNKNOWN MULDIV CARD’
1
2
SHIM SIET MUI , CHIK PATIAH BINTI AHMAD RASHDI , SITI NOORLINAH BTE
3
5
4
TIMA , RICHARD JIMMY , A MOHD SHARUL BIN A MOHD SHARIF , YAW
6
SURANIE @ SURIANIE BINTI ASANG
SKebangsaan Mutiara
Lorong Aman 1, Off Jalan Lintas, 88300 Kota Kinabalu, Sabah
1 2 3
shaneshim1976@gmail.com, patiah.rashdi@gmail.com, ynurlina@gmail.com,
5
6
4 dylann7348@gmail.com, sharulshariff@gmail.com, arianie68@gmail.com
‘Unknown MULDIV Card’ merupakan inovasi untuk membantu murid yang tidak
menguasai formula untuk mencari nilai anu dalam pendaraban dan pembahagian
serta mendarab dan membahagi nombor dalam lingkungan 100. Inovasi ini
dihasilkan untuk meningkatkan kemahiran murid mencari nilai anu yang melibatkan
pendaraban dan pembahagian dalam lingkungan 100 dengan mudah dan tepat. 10
orang murid pemulihan Tahun 5 telah dijadikan kumpulan sasaran dalam kajian ini
untuk melihat sejauh mana keberkesanan ‘Unknown MULDIV Card’ dalam
201