Page 202 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 202

meningkat.  Pemerhatian  terhadap  sikap  dan  respons  pula  menunjukkan  mereka
          semakin  berkeyakinan  dalam  sesi  soal  jawab  semasa  google  meet  Matematik.
          Oleh yang demikian, penggunaan Papan Ajaib Ria dalam proses PdP atau PdPR
          berjaya memastikan penyampaian pengajaran topik pecahan, perpuluhan, peratus,
          luas, perimeter dan koordinat dengan lebih jelas, sistematik dan efektif serta lebih
          senang  difahami  oleh  murid.  Produk  inovasi  ini  mempunyai  potensi
          pengkomersialan yang menggalakkan kerana kos produk inovasi ini berpatutan.
          Kata kunci: pecahan, perpuluhan, peratus, luas, perimeter dan koordinat.

          KC19

                        KIT BILIK SAINS MAYA UNTUK AMALI SAINS

                                                         3
                                          2
                           1
          TOUNG HING SENG , KHO LING HUA , THIAN SOO MIE , ANGIE CHEW SIEW
                                                                    7
                                5
                4
                                                  6
            TING , LAU SIEW YUNG , HUANG YENG ING , YOUNG HIE CHING , THEN
                                8
                                                             10
                                               9
                       YING TZE , HII SIEW YIENG , CHEE SIU HUA
                                 SJK(C) Chung Hua Pujut
                    Piasau Lorong 8, Jalan Pujut-Lutong, 98000 Miri, Sarawak
                                                     3
            1 toungseng@gmail.com,  linghuakho@gmail.com,  ahmie2012@yahoo.com,
                                2
                                                         6
           4 angiechewsiewting@gmail.com,  lausy8181@gmail.com,  a5tana@yahoo.co.uk,
                                     5
              7                     8                 9
               evewhite42@yahoo.com ,  gg2208@gmail.com,  yieng169@gmail.com,
                                 10
                                  siuhua1316@gmail.com

          Kerja amali Sains merupakan satu komponen yang akan dinilai untuk menentukan
          prestasi  pencapaian  murid  dalam  peperiksaan  dan  wajib  dilaksanakan.  Kaedah
          amali Sains amat menitikberatkan aktiviti ‘hands-on’ yang mementingkan pelibatan
          murid  dalam  aktiviti  kerja  amali  atau  eksperimen  yang  dijalankan.  Inovasi  ini
          membicarakan pengajaran Sains melalui kaedah amali Sains. Penekanan adalah
          berkaitan  dengan  teknik  pengajaran  dalam  kaedah  amali  Sains.  Sekolah  ditutup
          buat  masa  sekarang  adalah  disebabkan  Pandemik  Covid-19.  Justeru,  para  guru
          perlu  melaksanakan  kaedah  Pengajaran  dan  pembelajaran  di  rumah  (PdPR).
          Analisis data amali Sains menunjukkan tahap penglibatan muridyang agak rendah
          dalam  tempoh  PdPR.  Guru  turut  menghadapi  kesukaran  memberi  penjelasan
          kepada murid secara maya. Inovasi Kit Bilik Sains untuk Amali Sains ini bertujuan
          untuk meningkatkan tahap pelibatan murid dalam amali Sains di mana guru Sains
          menjalankan  amali  di  bilik  Sains  sekolah  dan  merakamkannya  untuk  dihantar
          kepada  murid  melalui  WhatsApp  atau  Google  Classroom.    Murid-murid  dapat
          merujuk  video  tersebut  dan  menjalankan  amali  yang  diamanahkan  mengikut
          langkah yang ditunjukkan oleh guru. Murid akan berasa lebih bermotivasi jika video
          itu  adalah  guru  sekolah  mereka  berbanding  dengan  video  channel  yang  dimuat
          turun dari Youtube. Inovasi ini mengabungjalinkan penggunaan infrastruktur di bilik
          Sains sekolah sebagai bahan pembelajaran dan pengajaran. Lebih-lebih lagi mural
          sistem  suria  dan  buruj  yang  dilukis  pada  dinding  bilik  sains.  Guru  Sains
          merakamkan  video  dengan  membuat  penjelasan  tentang  tajuk  yang  berkaitan
          dapat menarik minat murid dalam mempelajari tajuk berkenaan. Menurut analisis,
          pelaksanaan  Inovasi  Kit  Bilik  Sains  Maya  untuk  Amali  Sains  ini  berjaya
          merangsangkan  dan  memotivasikan  murid–murid  terlibat  dengan  sangat  aktif
          dalam menjalankan amali Sains.
          Kata kunci: kaedah pengajaran, amali Sains, penglibatan murid dalam aktiviti kerja
                    amali, mempunyai motivasi, secara maya

                                                                         198
   197   198   199   200   201   202   203   204   205   206   207