Page 204 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 204
kelasaliran Pemulihan. INYOWRI J-SCITH juga merupakan alat bimbingan yang
telah diberi penambahbaikan daripada alat bimbingan INYOWRI yang terdahulu.
Melalui INYOWRIJ-SCITH, pengkaji menerapkan Elemen Merentasi Kurikulum
(EMK) dalam subjek Jawi, Sains dan Matematik demi keberkesanan objektif
intervensi tersebut kepada murid, seterusnya menjana kemenjadian murid
Pemulihan ke peringkat akademik yang lebih baik. Hal ini kerana sebelum
terciptanya INYOWRI dan INYOWRI J-SCITH, pengkaji berhadapan dengan murid
yang rata-ratanya mempunyai masalah dan kekeliruan yang ketara tentang asas
menulis, iaitu melibatkan penggunaan huruf besar, huruf kecil, jarak antara
perkataan dalam ayat dan sebagainya. Dengan adanya elemen EMK yang
lebihmencapah dalam INYOWRI J-SCITH, murid juga sekaligus berpeluang
memperolehi pengalaman dan pengetahuan yang lebih holistik dalam
penggabungjalinan subjek-subjek berbeza. INYOWRI J-SCITH dibangunkan
dengan menggunakan daya sentuhan melalui sensor yang akan berkait dengan
penghasilan cahaya dan bunyi dalam satu alatan yang sama. Unsur cahaya dan
bunyi digunakan sebagai tanda peringatan kepada murid sekiranya berlaku
kesilapan semasa menulis di atas INYOWRI J-SCITH. Selain daripada itu, seiring
dengan pembelajaran masa kini, INYOWRI J-SCITH juga mengetengahkan salah
satu elemen Industri Revolusi 4.0 seperti konsep robotik autonomi, dimana ianya
membantu dan menggantikan fungsi tenaga guru dalam memantau kesilapan
murid semasa latih tubi asas menulis murid secara konsisten. Peranan guru adalah
sebagai pemantau dan pembimbing sahaja. Dengan ini, tugas guru menjadi sedikit
ringan, selain daripada dapat mewujudkan peluang kepada murid untuk meneroka
ilmu pengetahuan dengan kaedah yang unik.
KC22
RODA FASA BULAN (R-FB)
IMA SHAHIDAH BINTI IBRAHIM
SK Chopin
32800 Parit, Perak
g-58205877@moe-dl.edu.my
Roda Fasa Bulan (R-FB) merupakan medium pengajaran yang membantu murid
memahami tajuk Fasa Bulan Sains Tahun 5 dengan mudah. Menggunakan
pendekatan “saya dengar saya lupa, saya lihat saya ingat, saya buat saya faham”
inovasi ini dicipta agar murid dapat melakukan aktiviti secara “hands on” simulasi
perubahan fasa bulan. Roda yang boleh berputar dengan grafik dan ilustrasi yang
menarik dapat mencetus minat murid serta mewujudkan pembelajaran yang
menyeronokkan. Seterusnya murid dapat melukis dan menamakan fasa bulan
serta menyatakan tarikh fasa bulan mengikut urutan denganbetul menepati objektif
utama inovasi ini dicipta. Penghasilan inovasi ini melibatkan kos yang rendah
kerana menggunakan bahan terpakai dan mudah didapati seperti kotak, kertas
warna, kertas foam, skru dan nut. R-FB juga ringan dan mudah dikendalikan. Murid
hanya perlu memutarkan roda mengikut arah anak panah yang ditunjukkan. Di
samping itu, inovasi ini mempunyai nilai komersial yang tinggi dalam bidang
pendidikan terutamanya matapelajaran Sains kerana ia berfokus kepada tajuk
FasaBulan. Malah R-FB telah mendapat pengiktirafan pingat Perak dalam
pertandingan Inovasi IUCEL 2021(kategori PIP). Kini, R-FB telah ditambahbaik
dengan mengintegrasikan aplikasi Wordwall. Berfungsi sebagai serampang dua
200