Page 207 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 207

Kata  kunci:  BeeSy  Ruler,  operasi  tambah  dan  tolak,  Prasekolah,  Pemulihan,
                     Pendidikan Khas

          KC26

                                     LYNX PUZZLE

                                                  1
           NAZIMAH BINTI SYED NAZAR HUSSEIN SHAH , ABDUL MUHAMMAD MU’IZ
                                                  2
                                    BIN ABD HAMID
                                     SK Bagan Serai
                          Lorong Sekolah, 34300 Bagan Serai, Perak
                                            2
                      1 nazimah2209@gmail.com,  senduk.lulu@gmail.com

          Lynx  Puzzle  merupakan  Inovasi  bahan  bantu  belajar  yang  dicipta  bagi
          meningkatkan  tahap  penguasaan  murid  bagi  topik  Mesin,  meningkatkan  minat
          serta prestasi murid terhadap subjek sains. Responden kajian terdiri daripada 10
          orang  murid  tahun  6  Al-Ghazali  dari  Sekolah  Kebangsaan  Bagan  Serai,  Perak
          dengan  wajaran  enam  orang  lelaki  dan  empat  orang  perempuan.  Tinjauan  awal
          mendapati murid menghadapi masalah untuk mengenalpasti jenis mesin ringkas.
          Justeru, kajian dijalankan dengan menggunakan instrumen analisis data, ujian pra
          dan  pasca  serta  pemerhatian.  Lynx  Puzzle  ini  menggunakan  kaedah  padanan
          gambar  dan  mempunyai  penerangan  di  bahagian  belakang  kad.  Murid  boleh
          menyemak sama ada padanan gambar mesin dan nama mesin betul atau salah
          secara kendiri berdasarkan padanan warna dan penerangan bagi setiap kad Lynx
          Puzzle.  Dapatan  kajian  menunjukkan  penguasaan  murid  terhadap  topik  Mesin
          meningkat. Manakala analisa ujian pra dan pasca pula menunjukkan peningkatan
          prestasi  sebanyak  42%.  Seterusnya,  dapatan  kajian  ini  turut  menunjukkan
          perubahan sikap murid ke arah yang lebih positif  setelah intervensi diperkenalkan.
          Dapatan  ini  membuktikan  bahawa  penggunaan  Lynx  Puzzle  membantu
          meningkatkan  tahap  penguasaan  murid  bagi  topik  Mesin,  meningkatkan  prestasi
          serta minat murid bagi subjek sains.
          Kata kunci: meningkatkan, penguasaan, mesin ringkas, Lynx Puzzle, padanan

          KC27

            PENGGUNAAN TEKNIK PPDAKU DALAMMENINGKATKAN KEMAHIRAN
          MEMBINA KERANGKA DAN MENULIS KARANGAN BAGI MURID 6 TANGKAS

                            ABDUL RANI BIN ABDUL RAHMAN
                                 Sk Taman Seri Gombak
                           Jalan SD1/1, 68100 Batu Caves, Selangor
                               g-65317689@moe-dl.edu.my

          PPDAKU ialah akronim bagi teknik membina kerangka dan menulis karangan iaitu
          Pendahuluan,  Penutupan,  Di  mana,  Apa,  Kenapa  atau  Kerana  dan  Untuk.
          PPDAKU  merupakan  satu  teknik  inovasi  yang  bertujuan  untuk  membantu  murid
          merangka  idea  secara  kohesi  dan  menulis  karangan  dengan  baik.  Kajian  ini
          bertujuan untuk mengatasi masalah penulisan karangan bagi murid Tahun Enam
          Tangkas  yang  berprestasi  rendah  di  SK  Taman  Seri  Gombak.  Teknik  PPDAKU
          digunakan  untuk  membina  kerangka  dan  menulis  karangan  iaitu  PP  merujuk
          kepada  P-pendahuluan,  P-penutupan,  manakala  DAKU  (di  mana,  apa,
                                                                         203
   202   203   204   205   206   207   208   209   210   211   212