Page 208 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 208

kenapa/kerana,  untuk)  yang  memudahkan  murid-murid  merangka  idea  secara
          kohesi.  Instrumen  yang  diguna  pakai  untuk  memperoleh  data  kajian  adalah
          berdasarkan  pemerhatian  dan  ujian  pengesanan  yang  dilaksanakan  semasa
          pengajaran  dan  pembelajaran  secara  formatif  dan  sumatif.  Teknik  penulisan
          PPDAKU telah diaplikasikan secara berperingkat-peringkat untuk membantu murid-
          murid  menjanakan  dan  mengembangkan  idea  dalam  binaan  kerangka  dan
          penulisan  karangan.  Teknik  PPDAKU  juga  dilaksanakan  secara  manual  dan
          interaktif  dalam  talian.  Hasil  kajian  ini  mendapati  murid  dapat  meningkatkan
          kemahiran  menulis  karangan  menggunakan  teknik  PPDAKU.  Selain  itu,  teknik
          PPDAKU  memberi  keyakinan  kepada  murid  membina  kerangka  dan  menulis
          karangan  sama  ada  secara  berpandu  atau  separa  berpandu  menggunakan
          pelbagai  medium  pembelajaran  tanpa  bimbingan  guru  terutamanya  semasa
          pandemik  wabak  Covid-19  ini.  Teknik  ini  boleh  dimanfaatkan  oleh  guru-guru
          bahasa dalam usaha meningkatkan kemahiran menulis karangan dalam kalangan
          murid.  TeknikPPDAKU  ini  dapat  mengatasi  kelemahan  murid  dalam  menguasai
          piawai pembelajaran, iaitu membaca bahan grafik, membina kerangka dan menulis
          karangan. Rentetan daripada masalahitu, saya mencipta Teknik PPDAKU supaya
          murid dapat menggunakan struktur ayat yang kemas dan tersusun semasa belajar
          tiga  kemahiran  menulis  dalam  DSKP.  Tambahan  pula,  PPDAKU  ini
          dipersembahkan melalui konsep didik hibur serta interaktif yang merupakan elemen
          nilai tambahdan dapat menjadikan inovasi ini mudah dikuasai oleh murid-murid.

          KC28

                                      ABBRAILLE

                                                                         2
                                                 1
            ABDUL MUHAMMAD MU’IZ BIN ABD HAMID , KHATIJAH BINTI MASTAN
                                     SK Bagan Serai
                          Lorong Sekolah, 34300 Bagan Serai, Perak
                       1                    2
                       senduk.lulu@gmail.com,  angah2280@gmail.com

          ABBRAILLE  merupakan  inovasi  bahan  bantu  belajar  yang  dicipta  bagi
          meningkatkan  tahap  penguasaan  murid  bagi  menguasai  kod  braille  asas  dan
          mengenali  abjad  a  hingga  z.  Responden  kajian  terdiri  daripada  2  orang  murid
          berkeperluan khas masalah penglihatan 6 PKL Genius dari Sekolah Kebangsaan
          Bagan  Serai,  Perak  dan  kedua-duanya  adalah  lelaki.  Tinjauan  awal  terhadap
          responden mendapati murid sukar untuk mengingati kod braille berserta padanan
          huruf yang mewakili kod braille. Bagi murid yang mengalami masalah penglihatan,
          adalah  penting bagi  mereka untuk  mempelajari  huruf  dalam  kod  braille dan  juga
          turut mengenali bentuk huruf bagi tulisan biasa. Sebelum menggunakan Abbraile
          iaitu buku yang mengandungi huruf kod braille dan bentuk huruf timbul, murid tiada
          sumber  rujukan  yang  mudah  untuk  digunakan  Ketika  berada  dalam  kelas.  Jika
          menggunakan  nota  tulisan  biasa  agak  sukar  bagi  murid  berkeperluan  khas
          masalah pengilhatan untuk membaca kod braille. Abbraille yang menggabungkan
          dua penggunaan huruf dalam satu buku ini telah membantu murid membaca atau
          menyentuh  huruf  timbul  serta  kod  braille.  Murid  juga  dapat  mengenal  pasti
          kedudukan titik kod braille dengan lebih tepat kerana setiap huruf bagi kod braille
          adalah berlainan bagi setiap satu.
          Kata kunci: Kod Braille, Abjad A hingga Z, Huruf TImbul, Masalah Penglihatan


                                                                         204
   203   204   205   206   207   208   209   210   211   212   213