Page 200 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 200
KC16
JOM BANTU ANAK (JOBA)
1
2
MOHD SOBRI BIN YUSUF , MOHD ZULKHAIRI BIN UMAR
1 SK Tanjung Medang, 26600 Pekan, Pahang; SK Permatang Keledang, Kampung
2
Keledang, 26600 Pekan, Pahang
2
zulkhairiskkp@gmail.com
Kajian ini bertujuan membina Kit Jom Bantu Anak Murid (JOBA) sebagai alat bahan
bantu mengajar kepada murid pemulihan khas dalam meningkatkan penguasaan
membaca Bahasa Melayu. Kit JOBA ini mengandungi kad cantuman perkataan
bergambar terdiri daripada konstruk satu hingga empat, papan permainan seperti
padang ilmu, papan target, papan monopoli, permainan ketinting, papan gergasi,
trek litar dan sebuah Robotik Sistem (RS) yang dikendalikan menggunakan telefon
pintar guru. Metodologi kajian kuantitatif digunakan melibatkan penggunaaan
instrumen soal selidik terhadap guru pemulihan khas, pemerhatian, senarai semak,
analisis dokumen, dan ujian Pra serta ujian Pos merujuk Instrumen Saringan
Literasi Membaca dan Menulis 2018. Model ADDIE diaplikasi dalam pembinaan Kit
JOBA yang dianalisis berdasarkan tiga faktor, iaitu faktor pembelajaran bahasa,
penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dan keupayaan murid pemulihan khas.
Kajian rintis melibatkan 20 orang murid Tahun Satu dan 20 orang Guru Penyelaras
Baca Cepat Kawanku (BCK) anjuran Yayasan Pahang yang tidak menguasai
Konstruk Satu hingga Empat dari empat buah sekolah rendah di daerah yang
sama. Nilai Cronbach Alpha bagi ujian rintis ini adalah 0.75. Manakala, nilai
Cronbach Alpha kesahan kandungan oleh lima pakar adalah 0.93. Implikasi
pembinaan Kit JOBA berjaya membantu meningkatkan penguasaan membaca
dalam kalangan murid pemulihan khas selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-
2025).
Kata kunci: Kit Jom Bantu Anak Murid (JOBA), Model ADDIE, murid pemulihan
khas
KC17
KEBERKESANAN PAPAN PELANGI DALAM PROGRAM PENDIDIKAN
KHASINTEGRASI PENDIDIKAN ISLAM
1
MOHD FIRDAUS BIN MASKAN , MUHAMMAD HAIKAL DANIAL BIN MOHD
3
2
FADZIL , MUHAMMAD HAKIM ZAILIRUDIN BIN ABDUL HAFIZ , MUHAMMAD
5
4
IZZUL RIZQI MOHAMAD RAZALI , ANAS BIN MOHD FIRDAUS , AMIRAH BINTI
6
MOHAMAD FIRDAUS
PPKI SK Tmn Tun Aminah
Jalan Pahlawan 4, 81300 Skudai, Johor
1
firdausmaskan769@gmail.com
Perkembangan gadjet, apps dan lain-lain lagi mengubah suasana pembelajaran
abad ke 20. Program Pendidikan Khas Integrasi SK Tmn Tun Aminah mengambil
inisiatif mencipta “Papan Pelangi” yang mempunyai ciri tarikan emosi Murid
Berkeperluan Khas disamping merangsang daya intelektual dan dapat
membanding beza huruf jawi yang seolah-olah sama bentuk. Terdapat 3 masalah
196