Page 197 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 197

ujian  diagnostik  dijalankan  ke  atas  10  orang  murid  tahun  1  UTM  di  Sekolah
          Kebangsaan Bayan Lepas Dua, Pulau Pinang. Kajian ini berbentuk kuantitatif. Data
          kuantitatif    dikumpul  melalui  pentaksiran  bilik  darjah,  ujian  pra  dan  ujian  pos,
          pemerhatian  melalui  senarai  semak  dan  soal  selidik.  Sebelum  sesi  rawatan
          menggunakan Inomaj, murid-murid diberi ujian sebelum tindakan (Pra-Test) untuk
          menentukan  prestasi  mereka  dalam  Pentaksiran  Bilik  Darjah  bagi  kata  majmuk.
          Tingkah  laku  murid  semasa  sesi  rawatan  dicatatkan  menggunakan  kaedah
          pemerhatian melalui senarai semak.  Ujian selepas tindakan (Post-Test) diberikan
          kepada responden selepas sesi rawatan berakhir. Soal selidik dilaksanakan untuk
          mengumpul maklumat serta maklum balas daripada mereka setelah menggunakan
          Inomaj.  Segala  data  yang  diperolehi  dianalisis  berasaskan  kepada  pendekatan
          analisis  kandungan.  Dapatan  kajian  menunjukkan  bahawa  penggunaan  Inomaj
          berkesan  dalam  meningkatkan  prestasi  murid  dalam  latihan  kata  majmuk.
          Keputusan  ujian  menunjukkan  terdapat  peningkatan  sebanyak  83%  setelah
          menggunakan kadimbasan bergambar. Begitu juga dengan minat dan keupayaan
          murid  dalam  mengkonsepsikan  kata  majmuk,    juga  meningkat  berbanding
          sebelumnya. Inomaj juga telah ditambah baik dalam bentuk buku Jom Belajar Kata
          Majmuk  dan  Mobile  Apps  E-Inomaj.  Kesimpulan,  Inomaj  berkesan  dalam
          membantu  kemenjadian  murid  dan  mencapai  aspirasi  Pelan  Hala  Tuju  Bahasa
          Melayu yang mengintegrasikan bidang bahasa dengan teknologi.

          KC12

              KIT LIN’S CUTE BUG: MEMBANTU MURID MENGUASAI KEMAHIRAN
                                 MEMBUNDAR NOMBOR

                             NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN
                                     SK Seri Mutiara
                        Jalan Tunku Abdul Rahman, 30010 Ipoh, Perak
                                norazlinrusdin@gmail.com

          Kemahiran  membundar  nombor  diajar  dan  perlu  dikuasai  oleh  murid  seawal  di
          Tahun  Satu  lagi.  Membundar  nombor  merupakan  salah  satu  daripada  standard
          kandungan  bagi  tajuk  Nombor  bulat  dalam  silibus  matematik  sekolah  rendah.
          Namun  begitu,  ramai  murid  menghadapi  kesukaran  dalam  memahami  dan
          menguasai  konsep  bundar  dan  ini  akan  menyebabkan  mereka  gagal  mencapai
          Tahap  Penguasaan  3  dalam  Pentaksiran  Bilik  Darjah  (PBD).  Kit  Lin’s  Cute  Bug
          diperkenalkan bagi membantu murid belajar membundar secara berkesan dengan
          penegasan  padakonsep  yang  tepat.  Kajian  kebolehgunaan  kit  ini  melibatkan  32
          orang murid Tahun Tiga sekolah rendah. Dapatan analisis kajian eksperimen satu
          kumpulan  menunjukkan  peningkatan  dari  aspek  penguasaan  murid  membundar
          nombor  kepada  puluh,  ratus  dan  ribu  terdekat  selepas  penggunaan  kit  ini
          berbanding sebelumnya. Responden kajian bukan sahaja menunjukkan keupayaan
          menjawab  soalan-soalan  berkaitan  pembundaran  nombor  pada  Tahap
          Penguasaan 3 bahkan mampu menyelesaikan masalah pada Tahap Penguasaan
          4,  Tahap  Penguasaan  5  dan  Tahap  Penguasaan  6  yang  turut  melibatkan
          Kemahiran Berfikir Tahap Tinggi (KBAT).




                                                                         193
   192   193   194   195   196   197   198   199   200   201   202