Page 193 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 193
pemahaman murid untuk menukar unit dalam pecahan melalui bahan bantu belajar
yang dikenali sebagai EQ-STRIP (Equivalent Strip) yang boleh menjana minda
respondan untuk memahami konsep penukaran unit melibatkan pecahan. EQ-
STRIP disediakan dalam bentuk bahan maujud yang membolehkan murid
berinteraksi antara soalan dan jawapan. Strategi ini membolehkan murid
melakukan pembelajaran konstruktivisme dimana pembelajaran ini merupakan
proses murid-murid membina pengetahuan secara aktif daripada pengalaman.
Inovasi ini merangkumi tajuk penukaran unit melibatkan pecahan juta, jisim, ukuran
panjang dan isipadu cecair. Setiap murid dibekalkan dengan satu set EQ-STRIP
yang mana murid tidak perlu berkongsi alat bantu belajar ini danianya bertepatan
dengan tuntutan norma baharu yang menitikberatkan amalan penjarakan sosial,
tidak berkongsi alatan dengan orang lain dan kebersihan. Hasil intervensi, didapati
murid berjaya menukar unit melibatkan pecahan malah mampu untuk
menyelesaikan soalan melibatkan fakta asas matematik. EQ-STRIP berpotensi
untuk dikomersialkan kerana kos untuk menghasilkannya berpatutan dan ianya
membantu murid sederhana dan lemah memahami konsep penukaran unit
melibatkan pecahan. EQ-STRIP juga boleh digunakan oleh murid tahun 5. EQ-
STRIP didatangkan dalam jalur yang berwarna-warni bagi menarik minat serta
menguatkan daya ingatan murid untuk menukar unit.
Kata kunci: equivalent, penukaran unit, pecahan, nombor bulat, strip
KC06
FasRe
MUHAMAD FAZRI BIN HASSAN
SK Gas Sandakan
WDT 231 90009 Sandakan, Sabah
Iamfez93@gmail.com
FasRe adalah merupakan sebuah koleksi buku digital bersiri kemahiran asas
membaca Bahasa Melayu yang pertama dihasilkan di Malaysia berdasarkan KSSR
Semakan Pendidikan Khas Pembelajaran. FasRe mempunyai 5 siri yang dibina
berdasarkan KSSR Pendidikan Khas Pembelajaran Tahun 1 sehinggalah Tahun 5.
Kewujudan pandemik dalam beberapa tahun ini telah membantutkan penguasaan
membaca dalam kalangan murid berkeperluan khas (MBK). Justeru itu, FasRe
telah dihasilkan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran asas membaca MBK.
Antara ciri-ciri FasRe adalah himpunan abjad, suku kata dan perkataan yang
disusun secara berperingkat dengan menekankan penggunaan jarak dan warna
yang berbeza untuk mengasingkan suku kata bagi memudahkan proses
membatang dan membaca perkataan. Tambahan pula, font Disleksia digunakan
untuk membantu meningkatkan persepsi visual murid dalam mengecam huruf.
Seiring dengan situasi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), FasRe
telah dibina dalam bentuk aplikasi dan boleh dimuat turun secara percuma melalui
Google Play. Sekali gus ini dapat membantu para ibu bapa dalam memastikan
murid-murid mendapat pendidikan yang secukupnya terutama sekali dalam situasi
ekonomi yang tidak menentu masa kini. Kajian rintis telah dilakukan dan data
dikumpul melalui pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen dan kemudiannya
dianalisis secara kualitatif dalam bentuk deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan
berlaku peningkatan pada penguasaan membaca murid dalam masa yang
ditetapkan.
189