Page 186 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 186
KB24
PHYSICS MULTICARD KIT
RACHEL JOLEN DE GUZMAN
SMK Pengalat
Peti Surat 82, 89607 Papar, Sabah
chelson86@gmail.com
Physics Multicard Kit merupakan kad aktiviti pembelajaran Fizik yang terdiri
daripada 4 kad aktiviti pembelajaran iaitu kad definisi Fizik, kad konsep Fizik, kad
rumus Fizik dan kad aktiviti soalan Tingkatan 4 KSSM. Physics Multicard Kit dapat
membantu pelajar menguasai dan memahami konsep Fizik dan memudahkan
PdPc seterusnya membantu pelajar menjawab soalan pada aras yang lebih tinggi.
Hasil tinjauan awal menunjukkan murid kurang mahir menjawab soalan aras
pengetahuan kerana tidak menguasai definisi-definisi, rumus dan konsep Fizik.
Bagi mengatasi masalah ini, para murid diperkenalkan dengan teknik belajar dan
bermain menggunakan kad imbasan dan kad aktiviti. Hasil dapatan inovasi ini,
murid dapat menguasai definisi, rumus dan konsep Fizik seterusnya menjawab
soalan dengan lebih sistematik, cekap dan mudah. Kit ini juga digunakan untuk
membantu pdpc dengan cara interaktif, kolaboratif serta meningkatkan kemahiran
berfikir secara kreatif dan kritis memenuhi aspek PAK-21. Inovasi ini
mengaplikasikan Teori Kontruktivisme, Teori Kognitif dan Model Kajian Tindakan
Kemmis dan McTaggart. Penggunaan kad ini menunjukkan peningkatan
pencapaian dalam ujian pasca pelajar Tingkatan 4 UM. Ia mudah dibina, berkos
rendah dan boleh diaplikasikan ke dalam subjek yang lain. Diharapkan hasil inovasi
ini akan dapat membantu banyak pihak yang masih lagi mempersoalkan kekerapan
pendekatan belajar melalui bermain yang dilaksanakan di kelas.
Kata kunci: PAK-21, Teori Konstruktivisme, Fizik, Kit
KB25
PEMBELAJARAN RBT MELALUI GOOGLE SITES
1
2
CHARLES MECHRIS ANAK IJAU , MUHAMAD TAUFIQ BIN YAHYA , NUR
4
3
IZZATIE BINTI HATTA , ZULTIQA AMIRULLAH BIN IBRAHIM
1 2
SMK Bakong, Peti Surat 1409, Subis, Sarawak; SMK Kidurong, Peti Surat 2078,
4
3
97011 Bintulu, Sarawak; SK Nanga Tebat, 95900, Lubok Antu, Sarawak; SMK
Kanowit, Jalan Kanowit Sibu, 96700 Kanowit, Sarawak
2 taufiqyahya91@gmail.com
Mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) yang berlandaskan teknologi
dan pembuatan serta menekankan aspek kreativiti murid yang diajar di sekolah
menengah berumur dari 13 hingga 15 tahun dimana mereka dapat mencetusan
dan menjanakan idea kreatif melalui projek eksperimental dengan membuat
catatan dan lakaran, mereka juga dapat menterjemahkan idea kepada bentuk dua
dimensi (2D) dan tiga dimensi (3D) dengan memilih lakaran dan merancang
pembinaan projek dan diakhir dapat membina dan mempersembahkan projek
eksperimental secara lisan. Satu aplikasi sedia ada yang diimplementasi untuk
rujukan pembelajaran murid dan guru berfokuskan mata pelajaran RBT. Murid dan
guru sukar untuk mencari bahan rujukan, lebih-lebih lagipada era pandemik
182