Page 173 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 173

walaupun  murid  tidak  mempunyai  asas  yang  kukuh  dalam  ilmu  tajwid  ataupun
          murid yang langsung tidak boleh membaca ayat-ayat al-Quran.
          Kata kunci: Bidang al-Quran, Pendidikan Islam, aplikasi MyFurqani

          KB06

                 PENDIGITALAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)

                                                    1
          MUHAMMAD ZULFAQAR BIN MAZLAN, K.B., P.A. ; ABG. MOHD SABIRIN BIN
                                             3
                     2
            ABG MUIS ; ABDUL RAZAK BIN OMAR ; MUHIRMAN BIN MU-ALIM, K.B.,
             4
                                          5
          P.A. ; SANGIN ANAK JUAT, K.B., P.A. , DARYL ALBRIGHT ANAK DOUBLESS
                                             6
                                        JOHN
                              KOLEJ VOKASIONAL BETONG
                                  95700 Betong, Sarawak
                               1 crzulfaqarkv9192@gmail.com

          Penubuhan  Bilik  Sumber  Pendidikan  Pencegahan  Dadah  (PPDa)  di  sekolah
          adalah  satu  strategi  pihak  Kementerian  Pendidikan  Malaysia  sejak  sekian  lama
          lagi dalam usaha memerangi dadah dan sekolah bebas dadah. Bilik Sumber PPDa
          adalah    merupakan  pusat  sehenti  atau  One  Stop  Centre  yang  menyediakan
          sebuah  ruang  lengkap  bertujuan  menyalurkan  maklumat  berkaitan  pendidikan
          pencegahan  dadah  kepada  pelajar, guru,  ibu bapa serta masyarakat  sekitarnya.
          Maklumat  dan  bahan-bahan  berkaitan  dalam  pelbagai  medium  boleh
          meningkatkan  lagi  pengetahuan  mereka  tentang  bahaya  penggunaan  bahan
          terlarang terutama dadah. Selain itu, semua jenis maklumat yang boleh membantu
          melahirkan  kumpulan  sasaran  yang  mempunyai  pengetahuan  dan  kemahiran
          dalam pendidikan pencegahan dadah juga boleh dimuatkan bagi menambah nilai
          kepada  bahan  sedia  ada.  Seiring  dengan  perkembangan  pesat  teknologi  dan
          dunia ke arah digital, dengan ini kami telah mencetuskan idea untuk menjalankan
          satu projek inovasi Pendigitalan Pendidikan Pencegahan Dadah. Hal ini sekaligus
          merapatkan  jurang  akses  kepada  bahan-bahan  PPDa  secara  digital.  Antara
          teknologi  yang  digunakan  dalam  representasi  info-info  PPDa  adalah  teknologi
          Augmented  Reality  (AR)  serta  paparan  poster  digital,  keratan  akhbar digital  dan
          artikel digital. Penggunaan teknologi QR Code dalam representasi info berkenaan
          PPDa juga digunakan dan dikumpulkan dalam satu platform iaitu My Link / Onpay
          Solutions  Sdn.  Bhd.  Laman maya  melalui  platform  Google  Sites  turut  dihasilkan
          yang memaparkan sebarang info secara digital seperti koleksi poster digital PPDa,
          pautan langsung kepada portal maya agensi anti dadah dalam dan luar negara,
          pautan langsung kepada video-video berkaitan PPDa dan koleksi hasil kajian atau
          artikel  berkaitan  PPDa.  Mini  studio  yang  dibangunkan  juga  boleh  dimanfaatkan
          oleh  seluruh  lapisan  masyarakat  di  lokaliti  Betong  khasnya  dan  masyarakat  di
          seluruh  negara  amnya  untuk  melontarkan  idea  tentang  kempen  pencegahan
          dadah  melalui    rakaman  video  dengan  menggunakan  teknologi  Green  Screen.
          Teknologi ini juga boleh dimanfaatkan oleh para pelajar untuk menghasilkan poster
          kempen Anti Dadah secara digital.






                                                                         169
   168   169   170   171   172   173   174   175   176   177   178