Page 177 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 177

panduan  pemarkahan  Lembaga  Peperiksaan  Malaysia.  Antara  bahan  yang
          digunakan untuk menghasilkan Kit Mudah KOMSAS ialah kertas saiz A4 berwarna,
          filem plastik dan nota berpelekat. Peta minda dan rangka penulisan jawapan yang
          telah dicetak pada kertas A4 berwarna secara bersebelahan, akan disalut dengan
          filem  plastik.  Seterusnya,  murid  akan  menggunakan  kertas  berpelekat  untuk
          menampal  maklumat  pada  peta  minda  tersebut.  Hal  ini  memberi  impak  positif
          kepada murid kerana Kit Mudah KOMSAS bukan sahaja dapat memudahkan murid
          untuk menulis idea pada kertas berpelekat, malah, tempoh masa yang diperlukan
          untuk  membuat  lakaran  peta  minda  menjadi  lebih  singkat  berbanding
          menggunakan  kertas  mahjung  seperti  pembelajaran  sebelum  ini.  Pada  halaman
          rangka jawapan di sebelah pula, murid hanya memasukkan maklumat atau isi yang
          diperoleh  daripada  peta  minda  tersebut.  Selain  itu,  potensi  pengkomersialan  Kit
          Mudah KOMSAS disedari amat besar kerana kos penghasilan yang murah, selain
          daripada bentuknya yang mudah alih, mudah disimpan dan mudah dikendalikan.
          Kit  Mudah  KOMSAS  sangat  membantu  guru  dan  murid  dalam  pengajaran  dan
          pembelajaran.  Hal  ini  jelas  terbukti  apabila  murid  didapati  dapat  mencambahkan
          idea  dengan  lebih  cepat,  meningkatkan  aplikasi  pembelajaran  KOMSAS
          berkonsepkan  PAK-21,  sekaligus  dapat  menguasai  kemahiran  menjawab  soalan
          pemahaman novel dengan lebih baik.
          Kata kunci: Kemahiran bahasa, pemahaman novel, pembelajaran abad ke-21

          KB12

                                TEKNIK KAT KAK SU MAR

                                    CHRISTINA TAN
                                  SMK Penrissen No. 1
                     KM 20, Jalan Kuching-Serian, 93250 Kuching, Sarawak.
                                 chriz_enna@yahoo.com

          Teknik kat kak su Mar merupakan satu teknik yang dihasilkan untuk meningkatkan
          amalan  pengajaran  guru  yang  berpusatkan  murid  berkonsepkan  pembelajaran
          abad  ke-21  (PAK-21)  dan  membantu  murid  menguasai  kemahiran  mentaksir
          kehendak soalan. Sehubungan itu, Teknik ini ternyata amat berkesan dan sangat
          membantu guru dan murid dalam sesi pembelajaran. Melalui penggunaan Teknik
          ini,  guru  dapat  melaksanakan  pembelajaran  yang  berkesan.  Murid  juga  mampu
          berfikir aras tinggi . Kelebihan teknik ini adalah tidak menggunakan sebarang kos
          dan amat mudah diaplikasikan oleh guru serta mewujudkan suasana pembelajaran
          yang amat menyeronokan. Jelaslah bahawa penggunaan teknik ini mampu menjadi
          medium  untuk  membantu  guru  dan  murid  semasa  melaksanakan  aktiviti
          pembelajaran  di  dalam  bilik  darjah  bahkan  dalam  pembelajaran  alam  maya
          sekaligus meningkatkan prestasi pelajar. Jika Teknik ini dikomersialkan dan diguna
          oleh  semua  guru  di  Malaysia,  maka  negara  kita  dapat  melahirkan  pelajar  yang
          hebat dan mampu bersaing di mata dunia.
          Kata kunci: Teknik Kat Kak Su Mar, pembelajaran abad ke-21.






                                                                         173
   172   173   174   175   176   177   178   179   180   181   182