Page 172 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 172

Sistem  maklumat  akan  mewujudkan  satu  kaedah  yang  membolehkan  data
          disimpan  secara  sistematik  dengan  menggunakan  pangkalan  data  seterusnya
          menyediakan  sebuah  maklumat  yang  bermanfaat.  Sistem Maklumat  Tempat  On-
          The-Job-Trainning  (OJT)  di  Kolej  Vokasional  Perdagangan  (KVP)  yang
          dibangunkan  merupakan  satu  inisiatif  Jabatan  Teknologi  Maklumat  (JTM)  untuk
          menyampaikan maklumat senarai tempat OJT dan dijangka akan menjadi rujukan
          pertama  pelajar  khususnya  bagi  program  tunggal  JTM  iaitu  program  Diploma
          Sistem  Pengurusan  Pangkalan  Data  dan  Aplikasi  Web  (DKA)  di  KVP  semasa
          melakukan  pencarian  tempat  OJT.  Menerusi  sistem  ini,  tempat  OJT  akan  diberi
          penarafan  oleh  pelajar-pelajar  OJT  yang  berlatih  di  situ  berdasarkan  tahap
          kesesuaian  tempat  tersebut  dengan  bidang  kemahiran  program  DKA.  Penilaian
          tempat OJT juga boleh dilakukan dan fungsi ini disusun mengikut sebuah borang
          yang terdapat dalam dokumentasi pengurusan OJT iaitu borang KV OJT 15 iaitu
          maklum balas pelajar terhadap tempat OJT. Ini merupakan langkah pertama pihak
          JTM  bagi  mencadangkan transformasi  penggunaan  sistem  borang  fizikal kepada
          borang  digital  dalam  pengurusan  dokumentasi  OJT.  Pembangunan  projek  ini
          menggunakan metodologi prototaip dan telah mendapat sambutan yang baik oleh
          pihak pengurusan Jabatan Teknologi Maklumat, pelajar-pelajar program DKA dan
          juga  pihak  Unit  Perhubungan  Latihan  Industri  menerusi  penilaian  kebolehgunaan
          yang  telah  dilaksanakan.  Sistem  ini  akan  dipertingkatkan  lagi  fungsinya  supaya
          boleh  digunakan  oleh  semua  program  yang  ditawarkan  di  mana-mana  Kolej
          Vokasional.

          KB05

             PENGGUNAAN APLIKASI MYFURQANI BAGI MENINGKATKAN MUTU
              BACAAN AYAT TILAWAH DAN AYAT HAFAZAN TINGKATAN 4 DAN
                                     TINGKATAN 5

                              MOHD AZMAL BIN JALALUDIN
                                   SMK Pengalat Papar
                              Peti Surat 82, 89607 Papar, Sabah
                                mohdazmalj08@gmail.com

          Inovasi  aplikasi  MyFurqani  ini  adalah  inovasi  yang  dihasilkan  dalam  subjek
          Pendidikan  Islam  iaitu  bidang  al-Quran  meliputi  ayat  tilawah  dan  ayat  hafazan
          tingkatan 4 dan tingkatan 5. Inovasi ini dihasilkan bagi meningkatkan mutu bacaan
          ayat tilawah dan ayat hafazan dalam kalangan murid tingkatan 4 dan tingkatan 5.
          Penghasilan inovasi ini adalah bagi mengatasi masalah murid-murid yang bacaan
          ayat  tilawah  dan  ayat  hafazannya  tidak  menepati  hokum  tajwid  yang  betul  dan
          bacaan  murid  yang  tidak  lancar.  Hasil  daripada  penggunaan  aplikasi  ini,  murid
          dapat  meningkatkan  mutu  bacaan  dengan  kadar  58.38  peratus  dalam  sesi  yang
          pertama  sahaja  dengan  menggunakan  aplikasi  ini.  Aplikasi  ini  amat  mudah
          digunakan oleh murid dengan hanya perlu memuat turun dan memasangnya pada
          peranti  masing-masing  dan  boleh  digunakan  pada  bila-bila  masa  walau  di  mana
          pun selagi jaringan internet ada. Data rintis menunjukkan bahawa 17 orang murid
          tingkatan  5  dan  14  orang  murid  tingkatan  4  yang  menjadi  responden  awal  telah
          menunjukkan  peningkatan  mutu  bacaan  ayat  tilawah  dan  ayat  hafazan  dengan
          menggunakan  aplikasi  ini  tanpa  perlu  mengadakan  sesi  kedua.  Penggunaan
          aplikasi  ini  secara  tidak  langsung  boleh  meningkatkan  mutu  bacaan  murid

                                                                         168
   167   168   169   170   171   172   173   174   175   176   177