Page 260 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 260

tahun  enam  di  sebuah  sekolah  rendah  di  daerah  Bagan  datuk.  Melalui  ujian  ini
          tahap  pencapaian  dan  tahap  pengguasaan  murid  diukur  dengan  menggunakan
          ujian  pra  dan  ujian  pasca.  Dapatan  kajian  menunjukkan  bahawa  terdapat
          peningkatan  dalam  pencapaian  skor  dalam  ujian  pasca  selepas  kaedah
          pendekatan  gamikasi  dijalankan.  Oleh  itu  kaedah  pendekatan  gamifikasi  dengan
          teori  pembelajaran  Konstrutivisme  lebih  meningkatkan  pencapaian  skor  pelajar
          dalam  penulisan  Bahasa  Inggeris  berbanding  menggunakan  pendekatan
          konventional kerana kaedah ini dapat membantu pelajar untuk lebih aktif, yakin diri
          dan mampu meningkatkan kemahiran berfikir. Implikasi daripada kajian tindakan ini
          membantu  guru  untuk  meningkatkan  kemahiran,  kefahaman  dan  penguasaan
          penggunaan komputer dan konsep gamifikasi supaya dapat menarik minat pelajar
          untuk  mempelajari  subjek  tertentu  dengan  lebih  baik  dan  berkesan.  Pada  masa
          akan datang kajian ini boleh diteruskan dengan reka bentuk kuasi eksperimen bagi
          menilai sejauh manakah keberkesanan pendekatan gamifikasi bukan sahaja dalam
          Matapelajaran Bahasa Inggeris malah matapelajaran yang lain.
          Kata  kunci:  Kemahiran  menulis,  Pendekatan  gamifikasi,  Bahasa  Inggeris,
                      Teknologi dan Teori Pembelajaran Konstruktivisme

          KE19

           MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID DALAM MENULIS ULASAN JENIS
              FAEDAH MENGGUNAKAN TEKNIK PAYUNG BAGI MURID TAHUN 5

             PRIYADARSHINI A/P RAGUNATHAN,  SHOBANA JANE A/P SATHIAN,
                          SUGITHERRA A/P SEENIVASALU NAIDU
                                      SJK(T) Labis
                             Jalan Sekolah, 85300, Labis, Johor
                             priyarajendrans1589@yahoo.com

          Kajian ini merupakan kajian tindakan yang dijalankan ke atas 5 orang murid Tahun
          5  di  SJKT  Labis  untuk  mengaji  kesan    penggunaan  Teknik  Payung  terhadap
          prestasi (skor) murid dalam ulasan jenis Faedah. Ia juga dijalankan untuk mengaji
          persepsi  murid  terhadap  Teknik  Payung  dalam  meningkatkan  penguasaan  dan
          prestasi dalam ulasan jenis Faedah. Sebelum Teknik Payung diaplikasikan murid-
          murid  yang  terlibat  dalam  kajian  ini  telah  mengikuti  pembelajaran  tanpa
          menggunakan  Teknik  Payung  dan  diberikan  ujian  PRA.  Selepas  itu,  pengajaran
          dan pembelajaran   ulasan  jenis  Faedah  menggunakan  Teknik  Payungdijalankan.
          Seterusnya mereka diberi ujian Pasca. Keputusan Skor ujian Pra dan ujian Pasca
          digunakan untuk menentukan tahap penguasaan dan prestasi murid dalam ulasan
          jenis Faedah sebelum dan selepas Teknik payung digunakan. Maklumat mengenai
          persepsi  murid  terhadap  penggunaan  Teknik  Payung  dikumpulkan  melalui    soal
          selidik. Prestasi (skor) murid dalam ujian PRA dan ujian PASCA dianalisis dalam
          bentuk  peratus    (gred)  dan  min  .Sementara  maklumat  yang  diperolehi  daripada
          soal  selidik    dianalisis  dalam  bentuk  peratus  persetujuan.  Dapatan  menunjukkan
          prestasi (skor) murid dalam ulasan jenis faedah meningkat selepas menggunakan
          Teknik Payung. Ini ditunjukkan dengan peningkatan peratus lulus dari 20% kepada
          100%  dan  peningkatan  peratus  cemerlang  dari  0%  kepada  40%.  Murid  juga
          mempunyai  persepsi  yang  positif  terhadap  penggunaan  Teknik  Payung  dalam
          pembelajaran  ulasan  yang  bertajuk  faedah.  Ini  ditunjukkan  oleh  97%  murid
          bersetuju  bahawa  Teknik  Payung    meningkatkan  penguasaan  dalam  menulis

                                                                         256
   255   256   257   258   259   260   261   262   263   264   265