Page 255 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 255

Batu 19, Jalan Pontian, 81300 Skudai, Johor
                              madhavanjisha344@gmail.com

          Inovasi yang dihasilkan ialah ‘Membina Ayat Dengan Menggunakan Teknik Padang
          Bola OKABEKA’. Melalui inovasi yang diperkenalkan ini, pelbagai jenis ayat  boleh
          dibina  oleh  murid.  Objektif  teknik  padang  bola  OKABEKA  ini  ialah  murid    boleh
          mencungkil kemahiran berfikir (Kognitif) untuk membina pelbagai jenis ayat dengan
          mudah,  cepat  dan  tanpa  membazirkan  masa  berpandukan  gambar  atau  tanpa
          gambar. Murid juga boleh  menulis ayat, karangan dengan struktur ayat yang betul
          dengan menggunakan teknik padang bola OKABEKA ini yang mempunyai pelbagai
          unsur  iaitu  kemahiran  berfikir,  pendekatan  permaianan,  konkrit  kepada  abstrak,
          mudah  kepada  kompleks.  Teknik  OPBKA  merujuk  kepada  O-ORANG,  KA-KATA
          KERJA, B–BENDA, KA–KATA ADJEKTIF. Inovasi ini boleh digunakan oleh murid
          Sekolah  Kebangsaan  (SK),  Sekolah  Jenis  Kebangsaan  (SJK)  Cina  dan  Sekolah
          Jenis  Kebangsaan  (SJK)  Tamil.  Dengan  menggunakan  TEKNIK  PERMAINAN
          OKABEKA  ini,  murid-murid  dapat    membina  ayat  mengikut  struktur  ayat  dan
          gramatis yang betul. Murid yang tidak tahu menulis ayat berpandukan gambar pasti
          boleh menulis ayat dengan baik dengan menggunakan struktur ayat yang lengkap.
          Teknik  OKABEKA  ini juga  bertujuan  membantu murid  yang  sangat  lemah  dalam
          penulisan iaitu kertas 2 sama ada dalam Bina ayat, Ulasan atau Karangan. Selain
          itu, inovasi ini juga boleh dimanfaatkan oleh murid Sekolah Menengah (SM) yang
          masih  lemah  dalam  bina  ayat  dan  pelajar-pelajar  asing  sama  ada  dari  Institut
          Pendidikan  Tinggi  Awam  (IPTA)  mahu  pun  Institut  Pendidikan  Tinggi  Swasta
          (IPTS) dan murid-murid yang mengambil Bahasa Malaysia sebagai Bahasa kedua
          di  Universiti  tempatan  bagi  boleh  membina  ayat  dalam  Bahasa  Melayu  dengan
          cara  yang  berkesan.  Terdapat  beberapa  masalah  yang  dihadapi  oleh  kumpulan
          sebelum memulakan inovasi ini. Mula-mula, murid-murid tidak mempunayai masa
          yang  mencukupi  untuk  mengumpul  data  dan  maklumat  yang  diperlukan.  Kedua,
          murid-murid  juga  menghadapi  kesukaran  untuk  bertemu  dan  berbincang  dengan
          rakan-rakan  sekumpulan  tentang  teknik  OKABEKA  ini.  Inovasi  atau  Teknik
          OKABEKA ini sangt berkesan kepada semua murid yang menghadapi kesukaran
          untuk  menulis  sebauh  ayat  yang  lengkap.  Murid  dapat  menulis  ayat  bergramatis
          yang  betul  sama  ada  di  dalam  ujian  atau  peperiksaan  dan  buku  latihan.Mereka
          boleh berfikir secara kritis untuk menulis ayat dengan betul. Teknik Padang Bola
          OKABEKA  ini  berjaya  dilaksanakan  dan  murid-murid  mendapat  markah  yang
          memberangsangkan  dalam  kalangan  murid.  Murid-murid  terhibur  hati  dan  boleh
          melihat perubahan  tingkahlaku (TEORI BEHAVIORISME) dalam kalangan murid
          yang  dan  sentiasa  menunjukkan  muka  ceria  dan  berhadapan  untuk  menjawab.
          Teknik OKABEKA ini juga meningkatkan lagi skor markah murid dalam menjawab
          soalan  Penulisan  dan  mampu  meluluskan  murid-murid  yang  sangat  lemah  dan
          tidak pernah lulus dalam kertas 2.
          Kata kunci: OKABEKA, teori behavarisme, Kognitif, konkrit kepada abstrak

          KE12

          PENGGUNAAN INOVASI iMindBM 1.0 BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN
                            TENTANG TOPIK KATA BILANGAN

              LOGA NACHIYAA GIVANATHAN, KATTHIRROULLHY MAHENDRAN,
                                 VINODINI SHANMUGAM
                                 SJK(T) Ladang Braunston
                                                                         251
   250   251   252   253   254   255   256   257   258   259   260