Page 250 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 250

KE04

                                THE LATEST TENT POLE

           IFFAH IMTIYAZ BINTI EADZRAL HAFIDZ, LAI ESUEN, ALEEYA BATRISYA
          BINTI ABDULLAH, YUVANESWARY A/P LETCHEMANAN , SUHASHINI THEVI
                                    A/P THEVARAJU
                                  SK Canossian Convent
                            Kg. Abdullah, 85000 Segamat, Johor
                                 pejabatskcc@gmail.com

          Aktiviti  perkhemahan  merupakan  aktiviti  yang  popular  dilaksanakan  di  sekolah
          setiap tahun. Pelbagai tujuan aktiviti ini laksanakan sama ada untuk melengkapkan
          kemahiran ikhtiar diri dalam unit-unit beruniform seperti Pengakap, Pandu Puteri,
          Puteri  Islam  mahupun  Bulan  Sabit  Merah  Malaysia  (BSMM)  tetapi  juga  untuk
          motivasi diri dan kem-kem kerohanian. Peralatan utama bagi pelaksanaan aktiviti
          perkhemahan  ialah  khemah.  Biasanya  sekolah-sekolah  membeli  set-set  khemah
          yang  dijual  di  pasaran  dengan  pelbagai  saiz  dan  bentuk.  Masalah  yang  kerap
          menghantui  85  buah  sekolah  rendah dan  24  buah  sekolah  menengah  di daerah
          Segamat ialah tiang khemah yang diperbuat daripada fiberglass yang mudah patah
          dan  getah  yang  menyambungkan  batang-batang  tiang  khemah  mudah  putus.
          Sekiranya tiang fiberglass ini patah boleh mengancam keselamatan pelajar kerana
          tajam  seperti  kaca.  Akibatnya  khemah  tersebut  tidak  boleh  digunakan  walaupun
          masih baru dan elok. Tiada tiang khemah gantian yang dijual di pasaran sebaliknya
          pihak  sekolah  perlu  membeli  set  khemah  yang  baharu  bagi  mendapatkan  tiang
          gantian sahaja. Kos yang tinggi perlu dikeluarkan bagi mendapatkan set khemah
          baharu.  Maka  tidak  hairanlah  di  stor-stor  sekolah  terdapat  banyak  longgokan
          khemah yang masih baru tetapi tidak boleh digunakan. Semuanya berpunca dari
          tiang  khemah  yang  telah  patah.  Lantas,  Pereka  Muda  Persatuan  Sains  &
          Matematik  SK  Canossian  telah  mereka  cipta  tiang  khemah  yang  pada  mulanya
          menggunakan  Polyvinyl  Chloride  (PVC)  tetapi  setelah  kajian  lanjut  dibuat  kami
          menukar  daripada  PVC  kepada  High  Density  Polyethylene  (HDPE)    yang  lebih
          kuat,  kukuh  dan  tahan  lasak  yang  dinamai  “The  Latest  Tent  Pole”.  Dengan  kos
          yang sama untuk membeli satu set khemah yang baharu dapat menghasilkan 3 set
          tiang bagi 3 khemah. Dengan penghasilan The Latest Tent Pole ini, sekolah dapat
          menjimatkan kos pengurusan bagi aktiviti perkhemahan. Tidak perlu lagi membeli
          satu set khemah baharu kerana tiada tiang khemahan gantian yang dijual secara
          berasingan.  Tambahan  pula,  tiang  yang  dihasilkan  lebih  kuat,  kukuh,  mudah
          dipasang,  ringan  dan  tahan  lebih  lama.  Hasi  kajian  menunjukkan  bahawa  tiang
          khemah HDPE lebih kuat, kukuh, sukar dipatahkan dan dijamin tahan lebih lama
          berbanding  PVC  mahupun  fiberglass  yang  ada  di  pasaran.  Natijahnya  aktiviti-
          aktiviti  perkhemahan  dapat  dilaksanakan  dengan  lancar  dan  segala  masalah
          berkaitan fasiliti khemah dapat diatasi sepenuhnya dengan terhasilnya The Latest
          Tent Pole.
          Kata kunci: Fiberglass, PVC , HDPE






                                                                         246
   245   246   247   248   249   250   251   252   253   254   255