Page 248 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 248

Kategori E: Murid Sekolah Rendah

          KE01

                               KAYU BEKAS NAHU (KBN)

            TEE AN HAN, LOH JIA XUAN, NUR ARISSA ADRIANA BINTI MOHD HAIRI,
                             ANG QI XUAN, TAN GUAN HAO
                                    SJK(C) Wu Teck
                  Persiaran Delima 3, Bandar Parklands, 41200, Klang Selangor
                                  syafiqyapkl@gmail.com

          “KAYU  BEKAS  NAHU”  (KBN)  merupakan  satu  inovasi  baharu  yang  dapat
          membantu  meningkatkan  lagi  kualiti  pembelajaran  dan  pemudahcaraan  (PdPc)
          bagi mata pelajaran Bahasa Melayu terutamanya dalam bidang tatabahasa (Nahu).
          Fokus  utama  projek  ini  ialah  bagi  menambahkan  reka  bentuk  secara  universal
          untuk meningkatkan lagi kualiti pembelajaran di dalam kelas. Inovasi ini membantu
          murid  menggunakan  imaginasi  mereka  semasa  menggunakan  cawan  yang
          berbeza  ini.  Murid-murid  juga  boleh  menggunakannya  sebagai  perluasan  ayat
          subjek  dan  predikat,  permainan  bahasa,  atau  hanya  untuk  mendedahkan  murid
          kepada perbendaharaan kata yang baharu.

          KE02

                            SINKI ANTI COVID-19 (SANCID-19)

           MUHAMMAD ANIQ ADAM BIN SELI, MUHAMMAD SHAKIR ZUFAYRIN BIN M
          RAHMAT, AHMAD HAZIQ BIN MOHD IZHAR, MUHAMMAD AMMAR DZAKWAN
                                       BIN SELI
                                    SK Buloh Kasap
                   KM 16, Jalan Abdullah, Buloh Kasap, 85010 Segamat, Johor
                                 aisyah6342@gmail.com

          Kebimbangan Pendemik Covid-19 yang melanda dunia, turut dirasai oleh seluruh
          rakyat Malaysia termasuk warga SK Buloh Kasap merupakan satu fenomena yang
          sangat  dikhuatirkan.  Sehingga  ke  hari  ini  masih  belum  kita  temui  penawar
          mahupun vaksin untuk mengubati penyakit ini yang boleh membawa maut. Menjadi
          satu kegusaran sekiranya ia merebak pada golongan yang berisiko tinggi seperti
          orang tua yang berisiko dan kanak-kanak. Kanak-kanak sekolah pastinya menjadi
          keutamaan dalam mengelakkan penyakit ini menjangkiti mereka. Jesteru itu, Pihak
          Kementerian  telah  menetapkan  SOP  yang  perlu  dipatuhi  di  sekolah  khususnya
          agar  penyakit  ini  tidak  menular.  Oleh  yang  demikian,  untuk  menyahut  seruan
          kerajaan,  Sinki  Anti  Covid-19  (SANCid-19)  direalisasikan  untuk  murid  dapat
          sentiasa membasuh tangan dan meminimakan sentuhan. Apa yang membezakan
          SANCid-19  dengan  tempat  basuhan  yang  lain,  SANCid-19  dihasilkan  daripada
          barang-barang  terbuang  dengan  tiada  sentuhan  tangan  oleh  penggunanya.
          SANCid-19 ini dibina untuk kegunaan murid agar  dapat membasuh tangan tanpa
          menyentuh  kepala  paip  dan  seterusnya  dapat  mengurangkan  penggunaan  air.
          SANCid-19  merupakan  gabungan  nama  Sinki  Anti  Covid-19  yang  membawa
          pengertian tempat basuhan tangan dapat mengelakkan penularan covid-19 kerana
          tiada sebarang sentuhan pada produk. Penggunaannya lebih kepada penggunaan
                                                                         244
   243   244   245   246   247   248   249   250   251   252   253